Tanggal 24,25 dan 26 November,barisan AJKT DPMZ sesi 08/09 telah turun melawat dan menziarahi rumah ahli yang tertumpu kepada pelajar Perubatan dan Azhar yang baru tiba di bumi Syarqiyah bagi melihat masalah dan keadaan terkini mereka.
Jaulah yang disertai semua barisan AJKT dan penasihat DPMZ ini membawa hadaf “Kebersamaan ahli bersama pimpinan memacu ecemerlangan dan kegemilangan DPMZ” dan juga pembawakan DPMZ yang ingin memantapkan dari sudut ukhuwah, thaqafah, tarbiah dan ekonomi.
Pelbagai muhasabah dan cadangan yang bernas diterima dari ahli-ahli DPMZ yang mahukan DPMZ terus membantu dan memberi kebajikan kepada pelajar-pelajar terutama yang baru tiba di Mesir ini memudahkan urusan mereka. Antara yang menyentuh hati kecil adalah ketika ucapan dari senior yang sudah lama menetap di Zagazig ini yang mahukan kita semua bersatu di bawah naungan PMRAM dan menolak anasir-anasir yang ingin menubuhkan persatuan lain yang tidak diiktiraf oleh PMRAM dan pihak keselamatan Mesir. Jaulah ini diharapkan dapat diteruskan di masa akan datang agar pimpinan dapat bersama sendiri dengan ahli membantu ahli yang bermasalah dari semua aspek. Pengerusi DPMZ 08/09 Ust Mohd Faizzuddin bin Ghazali mengharapkan agar kesatuan di Muhafazah Zagazig ini dapat dikekalkan selagi pembawakan DPMZ tidak bertentangan dengan Al-Quran dan As-Sunnah. Pengerusi juga menekankan pada jaulah kali ini agar semua ahli terutamanya akhawat menjaga keselamatan diri masing-masing kerana suasana keselamatan di Mesir yang agak membimbangkan dewasa ini.
Seribu kemaafan dipohon kepada ahli rumah yang tidak sempat diziarahi kerana masa yang tidak mengizinkan dan Insya’allah ziarah secara tidak rasmi akan terus dijalankan dari masa ke semasa. Segala bentuk muhasabah dan cadangan dari ahli amatlah diharapkan bagi memantapkan lagi pembawakan DPMZ pada sesi ini.
Seluruh pimpinan AJKT DPMZ 08/09 mengucapkan selamat mengulangkaji pelajaran kepada semua ahli DPMZ terutamanya dan selamat menghadapi imtihan kepada semua pelajar Al-Azhar dan juga perubatan. Selamat menyambut Aidil Adha juga diucapkan, semoga kita sentiasa menghayati sirah ‘pengorbanan’ nabi-nabi dan ulama dahulu agar menjadi kekuatan dalam diri kita. Insya’allah.
0 comments:
Post a Comment