Khamis, 27 November 2008- Majlis telah dimulakan pada jam 6 malam dengan bacaan Yassin, Hizib Bahar dan Hizib Nawawi yang diketuai oleh Pengerusi DPMZ, Ustaz Muhd Faizzudin Ghazali. Selepas itu, majlis diteruskan dengan Solat Hajat dan Solat Isyak berjemaah. Pada jam 8 malam ceramah motivasi telah dimulakan dan disampaikan oleh Ustaz Syed Abdul Kadir Al-Jufree yang merupakan seorang penceramah yang berpengalaman di dalam banyak aktiviti berkaitan pembentangan ilmiah di bumi Mesir. Beliau menekankan akan kepentingan mempunyai niat yang baik ketika menuntut ilmu di sini supaya para mahasiswa tidak mudah hanyut dengan persekitaran yang buruk serta sentiasa yakin dengan kekuasaan Allah. Beliau juga berpesan kepada para hadirin supaya sentiasa mendekatkan diri dengan Allah supaya kita sentiasa berada di dalam rahmatNya.
Selepas itu, majlis diteruskan dengan sesi pelancaran kelas tutorial dan study group yang telah dirasmikan oleh Wakil BP PMRAM, Ustaz Muhd Azrul Ismail dan tetamu jemputan Ustaz Syed Abdul Kadir Al-Jufree. Semoga usaha untuk memantapkan pendidikan para ahli melalui kelas tutorial dan study group dapat memberikan kejayaan kepada semua ahli. Jamuan disediakan untuk para hadirin. Majlis kemudiannya diteruskan pada jam 3.30 pagi dengan munajat bersama para ahli. Munajat berlangsung dengan penuh kekhusyukan dan kesyahduan serta tangisan taubat para hadirin sehinggalah Subuh menjelma. Selepas Solat Subuh berjemaah, Ustaz Muhd Azrul Ismail menyampaikan tazkirah Subuh. Beliau mengingatkan para ahli akan kepentingan menjaga ibu bapa dan mengormati mereka serta kewajipan mengingati Allah serta Rasulullah SAW dengan mengamalkan perkara yang baik serta meninggalkan perkara yang mungkar. DPMZ berharap para ahli dapat mengambil sesuatu yang bermanfaat melalaui majlis ini serta mengamalkannya di dalam kehidupan seharian.
0 comments:
Post a Comment