Monday, April 20, 2009

Respon PMRAM Terhadap Isu Tarian Kebudayaan

Posted by UPP DPMZ On 12:30 AM No comments

SUMBER : PERSEKUTUAN MELAYU REPUBLIK ARAB MESIR

PMRAM
hari ini menyerahkan surat menyatakan kekesalan ahli-ahli PMRAM terhadap tarian kebudayaan yang dipersembahkan pelajar-pelajar Indonesia yang mencetuskan kontreversi di kalangan mahasiswa dan mahasiswi Malaysia di Mesir. Dalam pertemuan bersama Pegawai Atase Pendidikan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK), En.Zainuddin Abdul Rahman dan Penolong Akauntan JPMK, Puan Latifah Saad, pihak PMRAM turut menasihati perkara tersebut agar diawasi serta diambil perhatian untuk program akan datang.

Pihak JPMK memberikan jaminan untuk tidak mengulangi perkara tersebut di masa akan datang.Dalam pada itu, pihak JPMK turut mengakui ia sebagai satu kesilapan dan pihaknya memohon kemaafan atas apa yang berlaku.Dalam hal yang berkaitan, pihak JPMK juga turut menyatakan tidak bersetuju atas isu tarian tersebut.

Surat tersebut ditandatangani oleh Presiden PMRAM, Ustaz Abdul Mu'izz Muhammad dan disokong bersama oleh kesemua Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) dan Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa/Mahasiswi (DPM) termasuk DPM Iskandariah. Berikut disiarkan petikan kandungan surat tersebut yang ditujukan kepada Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK), Prof.Dr.Jamil Hashim.

KEKESALAN TERHADAP PERSEMBAHAN TARIAN PELAJAR INDONESIA DI DALAM FESTIVAL KEBUDAYAAN DAN SUKAN ASEAN 2009 (FEKSAS 09)

Merujuk perkara di atas, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) melahirkan kekesalan terhadap persembahan tarian yang diadakan oleh pelajar Indonesia di dalam Festival Kebudayaan dan Sukan ASEAN 2009 (FEKSAS 09).

2. Untuk pengetahuan pihak Yang Berbahagia Prof., satu persembahan kebudayaan (tarian) daripada pelajar Indonesia telah diadakan pada malam penutup festival tersebut (11 April 2009). Menyedari akan hakikat persembahan yang diadakan secara terbuka, di samping melemahkan imej warga Al-Azhar yang menjadi contoh ikutan kepada masyarakat umum di Malaysia amnya, PMRAM dengan ini melahirkan rasa kesal di atas insiden tersebut.

3. Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) sebagai salah satu daripada pihak penganjur kepada program tersebut seharusnya memandang serius perkara ini demi memastikan mahasiswa Islam di Mesir dihidangkan dengan persembahan yang beorientasikan budaya Islam dan menurut kehendak syarak. Persembahan tersebut akan menjadi tohmahan kepada kepada mahasiswa Islam yang sedang menuntut di bumi Mesir yang seolah-olah merelakan kaum wanita menari di khalayak.

4. PMRAM menyarankan agar pihak penganjur dan semua pihak yang terlibat agar berhati-hati dan menyelidiki sebelum persembahan dilakukan di khalayak, demi menjaga kreadibiliti dan nama baik Al-Azhar sebagai salah satu pusat pendidikan Islam yang terkenal di dunia di samping melahirkan generasi ulama untuk bekerja dengan tekun menjalankan syariat Allah SWT.

Yang Menjalankan Amanah,

t.t
(Abdul Mu'izz Bin Muhammad)
Presiden
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2009.

0 comments:

Sahabat