Sunday, August 9, 2009

Hari Pertama EGP 09 ; Kontinjen DPMZ Gegar EGP 09 !!!

Posted by UPP DPMZ On 1:45 AM No comments

Kontinjen DPMZ berada di dalam perarakan di Dataran Hayyu Asyir ketika perasmian EGP 09 berlangsung


Wajah-wajah kemenangan yang mewakili kontinjen DPMZ di dalam EGP 09

Sabtu, 8 Ogos 2009 : DPMZ telah menempa sejarah baru pada hari ini apabila menyertai perarakan sempena Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-52 di Dataran Hayyu Asyir.Majlis bermula pada jam 9 malam dengan persembahan dari seluruh mahasiswa Mesir.Acara pembukaan EGP 09 berlangsung dengan meriahnya serta dirasmikan oleh Presiden PMRAM,Ustaz Abdul Muizz Mohammad.Kontinjen DPMZ yang berjumlah seramai 20 orang diketuai oleh Ustaz Ahmad Shah Abd Rani melangkah dengan penuh bergaya ke Dataran Hayyu Asyir bersama baju rasmi DPMZ.


"Bola Tampar Bernafas Sepak Takraw Terkandas"


Skuad DPMZ dalam aksi menentang Shoubra.Zagazig menang 2-0.


Skuad Bola Tampar dan Sepak Takraw bergambar kenangan sebelum beraksi meratah lawan di gelanggang.

Sebelum itu, pada sebelah siang pula skuad DPMZ memulakan kempen EGP 09 dengan langkahan bergaya apabila mengatasi pasukan Shoubra 2-0 dalam acara bola tampar.Skuad bola tampar DPMZ akan menentang pasukan Tanta, Kemboja dan Perak dalam perlawanan yang akan diadakan pada hari ini serta berpeluang menempah tempat ke pusingan kalah mati yang juga akan diadakan pada hari yang sama.
Sementara itu, skuad sepak takraw DPMZ juga memulakan kempen EGP 09 dengan kemenangan ke atas Perak 2-1 dalam perlawanan pembukaan.Selepas itu, mereka terus cemerlang dengan mencatatkan kemenangan kedua mengatasi Kedah 2-0.Walaupun skuad sepak takraw DPMZ kalah dalam aksi menentang Sabah 2-0 tetapi skuad kita telah melayakkan diri ke pusingan Suku Akhir sebagai juara kumpulan D.
Aksi Suku Akhir pula menyaksikan pertembungan kalah mati di antara skuad DPMZ dan Kemboja.Perlawanan berlangsung dengan serangan bertali arus dari kedua-dua belah pihak.Malangya, skuad kita telah ditewaskan oleh pasukan Kemboja yang lebih berpengalaman di dalam arena sepak takraw dengan mata 2-0.Walaupun tewas, skuad sepak takraw DPMZ telah melakar sejarah baru apabila melayakkan diri ke pusingan kalah mati.

Pada hari ini, kontinjen DPMZ akan menyertai acara dewan (indoor) yang akan diadakan di dewan rumah-rumah BKAN di Kompleks Rumah Negeri, Hayyu Asyir, Kaherah.Seluruh ahli DPMZ digalakkan hadir bagi memberi sokongan kepada pasukan anda.Sama-sama kita gegarkan EGP 09!!

Ikuti laporan terkini EGP 09 di laman web rasmi DPMZ.

0 comments:

Sahabat