Monday, August 10, 2009

Hari Kedua EGP 09 : Skuad Kuda Putih Teruskan Kempen Cemerlang.....

Posted by UPP DPMZ On 10:39 AM No comments

HAYYU ASYIR, KAHERAH, 9 OGOS 2009 : Skuad Zagazig meneruskan kempen EGP 09 dengan cemerlang apabila berjaya mara ke pusingan kalah mati bagi acara bola tampar.Skuad Kuda Putih memulakan hari kedua kejohanan dengan kemenangan bergaya ke atas skuad Tanta 2-0.Seterusnya, skuad Zagazig bergelut untuk menumbangkan juara bertahan Kemboja yang merupakan antara pilihan utama kejohanan dengan mata 2-1.Skuad Zagazig tewas dalam perlawanan terakhir dengan Perak 1-2 tetapi sudah pun melayakkan diri ke peringkat Suku Akhir sebagai naib juara kumpulan.

Skuad Kuda Putih menentang Pahang di Suku Akhir.Pertembungan sengit berlaku dengan kedua-dua pasukan saling memberikan serangan melalui taktik masing-masing akan tetapi malangnya skuad kita telah tewas dengan mata 0-2.Walaupun tewas, skuad Zagazig tetap berpuas hati kerana telah berjaya menepati sasaran untuk malayakkan diri ke pusingan kalah mati.

Skuad Damanhur menjuarai acara Bola Tampar EGP 09 apabila menewaskan Dumyat 2-0 dalam perlawanan Akhir.Sementara Pahang menewaskan Perak untuk penentuan tempat ketiga, 2-1.Negeri Sembilan pula menewaskan Melaka 2-1 dalam perlawana Akhir bagi acara Sepak Takraw.Selangor pula menewaskan Terengganu dalam perlawanan Akhir Ping Pong untuk bergelar juara.

Skuad Zagazig memulakan acara Dewan (indoor) dengan menyertai acara Tilawah Al-Quran dengan menghantar peserta kita iaitu Us Zul Azri Zainal.Acara ini dimenangi oleh peserta Perak dan peserta Sabah untuk tempat kedua.Kontinjen DPMZ akhirnya mencatat kemenangan pertama apabila mendapat tempat kedua dalam acara Win, Lose And Draw.Regu Zagazig dianggotai oleh Us Alhidayat(Pelukis), Us Lokman dan Us Zuhaili (Peneka).Regu Zagazig berjaya menjawab hampir kebanyakan soalan yang dikemukakan di dalam Bahasa Melayu, Inggeris dan Arab akan tetapi tewas kepada Regu Terengganu dengan perbezaan 0.5 mata.Regu kita mendapat 10 mata.Walaupun hanya menggondol naib juara, Kontinjen DPMZ tetap berpuas hati dan gembira dengan pencapaian itu.

Pada hari ini pula, Kontinjen DPMZ akan menyertai acara Tahfiz Al-Quran, Kuiz "Who Wants To Be A Dai`e" , Pertandingan Khat serta Pertandingan Pahlawan Kemerdekaan.Sama-sama kita nantikan keputusannya.....

0 comments:

Sahabat