Monday, August 10, 2009

Hari Ketiga EGP 09 : Zagazig Menang Lagi !!!

Posted by UPP DPMZ On 11:28 PM No comments




HAYYU ASYIR, KAHERAH, 10 OGOS 2009 : Kontinjen kita memulakan kempen hari ketiga dengan menyertai acara Tahfiz Al-Quran dengan menghantar Us Zainullah sebagai peserta.Acara ini dimenangi oleh peserta Kelantan dan peserta Tanta untuk tempat kedua.Selepas itu, peserta Zagazig iaitu Us Taufik dan Us Khairulaizam telah menyertai acara kuiz "Who Wants To Be A Daie".Acara ini dimenangi oleh peserta Selangor.

Kontinjen Zagazig juga telah menghantar peserta dalam acara Khat iaitu Us Dzakwan dan beliau telah berjaya memenangi acara ini setelah berjaya menghasilkan kaligrafi khat yang paling cantik dan menarik serta memikat para hakim untuk memberikan markah tertinggi bagi karya beliau.Peserta Johor mendapat tempat kedua.

Kontinjen Zagazig juga menyertai acara terakhir pada hari ini iaitu Pertandingan Pahlawan Kemerdekaan iaitu acara yang wajib disertai AJKT bagi setiap DPM dan BKAN.Peserta kita ialah Us Hanif Jamaluddin (Model), Us Akramin dan Us Zuhaili (Penghias model).Di dalam acara ini, Pengerusi wajib menjadi model.Model kita telah dihiasi dengan balutan kertas surat khabar yang disediakan oleh pihak penganjur.Setelah hakim megira markah, Zagazig telah disahkan menggondol kedudukan naib juara manakala Kedah dinobatkan sebagai juara.

Kontinjen Zagazig akan menyertai acara terakhir pada jam 8 pagi esok iaitu Pertandingan Nasyid.Berjayakah pasukan nasyid In-Saff memenangi acara ini setelah Zagazig sekian lama menyepi dari arena nasyid mahasiswa Mesir? Kita nantikan debarannya esok.....

Ikuti perkembangan hari terakhir EGP 09 esok di laman blog rasmi DPMZ.

0 comments:

Sahabat