Wednesday, August 12, 2009

Kontijen DPMZ : Usaha Lagi!!!

Posted by UPP DPMZ On 4:04 PM No comments



Berakhir sudah Ekspo Gempak PMRAM 09. Majlis penutup yang gilang gemilang telah diadakan di dataran hayyu asyir pada malam tadi. Majlis dimulakan dengan ucapan majlis penutup yang telah dirasmikan oleh penasihat PMRAM iaitu al-Fadhil Ust Khairul Nizam. Seterusnya majlis di ceriakan dengan pelbagai persembahan menarik, antaranya persembahan nasyid dari juara nasyid EGP 09 juga dari artis jemputan Bazli UNIC. Persembahan dari negara jiran juga turut dipertontonkan bagi memeriahkan lagi majlis perasmian penutup EGP 09 .

Bagi menjayakan program mega PMRAM ini, Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig telahpun menghantar kontijen bagi menyertai acara yang telah dipertandingkan. Setelah bertungkus lumus selama 4 hari alhamdulillah kontijen DPMZ telah pun berjaya memenangi beberapa acara.

Antaranya :

1) Win, Lose And Draw : tempat kedua
2) Pahlawan kemerdekaan : Tempat kedua
3) Khat : tempat pertama



Manakala bagi acara bola tampar dan juga sepak takraw pasukan DPMZ hanya berjaya memasuki peringkat suku akhir. Walau bagaimanapun setiap pemain telah menunjukkan kesungguhan yang amat memberangsangkan. Kita mendoakan semoga dengan semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh setiap pemain ini dapat dikekalkan bagi memburu kejayaan untuk tahun-tahun yang mendatang.

DPMZ juga buat pertama kalinya telah menempa sejarah dengan menghantar pasukan nasyid ke EGP 09, pasukan nasyid ini telah diketuai oleh exco UKKS sendiri iaitu Ust Zainullah. Kumpulan nasyid yang diberi nama In-Saff telah mendapat undian giliran pertama pada pertandingan nasyid EGP09. "Bukan rezeki kita" mungkin itu ungkapan yang boleh diungkapkan apabila kumpulan nasyid In-Saff kalah dalam pertandingan tersebut.

"gagal sekali bukan bermakna gagal selama-lamanya" tingkatkan usaha insyaAllah kita akan berjaya pada tahun yang mendatang. Tahniah kepada yang menang, usaha lagi pada yang belum berjaya. Semoga kita berjaya di dunia dan akhirat..




0 comments:

Sahabat