Wednesday, October 7, 2009

Perkembangan Terkini Mangsa Gempa Bumi Padang, Indonesia

Posted by UPP DPMZ On 12:23 PM No comments


PADANG, SUMATERA, INDONESIA : Sekurang-kurangnya 200,000 rumah dilaporkan rosak akibat gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Ritcher yang melanda Indonesia minggu lalu dengan hampir separuh daripadanya musnah teruk dalam kejadian itu.Berdasarkan anggaran lima orang bagi setiap isi rumah, Palang Merah berkata lebih satu juta penduduk terjejas secara langsung berikutan kerosakan rumah mereka.Ketua Persekutuan Antarabangsa Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit Merah di Indonesia, Bob McKerrow, berkata pihaknya menganggarkan antara 170,000 hingga 200,000 rumah rosak, 90,000 daripadanya musnah teruk.Sementara angka kematian pula dijangka menjangkaui angka 3,000 orang.

          Perkembangan terkini dari Padang melaporkan usaha menyelamat mangsa gempa kini bertukar menjadi usaha membantu ribuan mangsa yang kehilangan kediaman.Selain itu, pekerja kesihatan menyembur seluruh Padang semalam dengan kimia anti jangkitan untuk mengelakkan penularan wabak penyakit ke seluruh wilayah yang mempunyai 900,000 penduduk itu.Seluruh penduduk juga diberikan suntikan vaksin untuk mengelakkan jangkitan wabak penyakit.Bantuan kemanusiaan seperti makanan dan keperluan asasi pula lambat tiba disebabkan skala bencana, hujan lebat dan kerosakan jalan raya menyebabkan para mangsa kelaparan buat seketika waktu.


          Gempa bumi berukuran 7.6 Richter telah berlaku pada 1 Oktober lalu serta mengakibatkan gegaran turut dirasai di Jambi, Bengkulu, Riau, Jakarta serta Semenanjung Malaysia.Kerajaan Malaysia telah menghantar pasukan menyelamat serta bantuan kemanusiaan ke Padang serta akan membawa pulang pelajar Malaysia yang terperangkap di Padang.Marilah kita bersama-sama mendoakan kesejahteraan saudara seagama kita di Padang supaya mereka tabah dan cekal menghadapi musibah yang melanda.Takziah diucapkan kepada mangsa yang terlibat.

0 comments:

Sahabat