Friday, May 20, 2011

Malam Tautan Iman Minggu 2 – Menyedari Kelemahan Diri & Elak Mencuri Di Dalam Solat

Posted by UPP DPMZ On 7:15 AM 5 comments



ZAGAZIG, 20 Mei - Kempen Bulan Solat sudah semakin menampakkan hasil yang memberansangkan apabila semakin ramai ahli turut serta dalam Majlis Tautan Iman minggu ke-2 di Pejabat DPMZ pagi tadi.

Bermula seawal jam 2 dengan qiamullail dan diteruskan dengan solat Subuh berjemaah serta tazkirah yang disampaikan oleh Saudara Rosdi bin Latif selaku Penasihat 1 DPMZ, para hadirin dihidangkan dengan pengisian-pengisian rohani yang dapat melembutkan kembali hati lagi menenangkan jiwa.

Di dalam tazkirah yang disampaikan, beliau menyedarkan para hadirin agar sentiasa khusyuk dan menghadirkan hati ketika solat untuk ibadah solat yang sempurna. Beliau juga mengingatkan kita agar tidak termasuk di dalam golongan orang yang mencuri di dalam solat.

Di samping itu, beliau turut menceritakan bagaimana khusyuknya para salafus soleh terdahulu dalam beribadah serta betapa pentingnya memahami hadith dan sunnah dengan kefahaman yang sebenar.

Di penghujung majlis, para hadirin dihidangkan dengan menu roti canai dan air teh sebagai santapan sarapan pagi.

                                          Qiamullail..muhasabah dan insafi kelemahan diri


Awas pencuri di dalam solat! - antara kandungan tazkirah

                                           Tekun mendengar pengisian yang disampaikan


Sedapnya...hidangan sarapan pagi selepas majlis

5 comments:

khas untuk pcz dan dpmz~
memandangkan uataz-uataz akan pulang ke malaysia suatu hari nanti,saya cadangkan kita kurangkan program bersama dpmz.kita cuba untuk berdikari.insyaallah kita pun boleh terapkan konsep islam dalam program kita.bukan hanya bila melibatkan dpmz and ustaz-ustaz sebagai jaminan islam dibawa.kita pun islam juga.apa yang saya nampak dpmz banyak mengunakan pembangkang sebagai contoh.anda mengatakan bahawa anda tidak berpolitik.walhal apa yang saya lihat anda memang hendak membawa wadah politik dalam dpmz.jangan cuba menegakkan benang yang basah.

apa yg saya nampak pulak,apa salahnya kalau mengambil contoh dari pmbangkang sekalipun..contoh yg diambil pun bknnya contoh cara brkempen ke,apa ke..cuma cara yg dilihat dapat mlaksanakan dan menegakkan Islam di Zagazig ni..lagipun parti pmbangkang@PAS dilihat bknlah contoh dan panduan utama bg dpmz dan pcz mlaksanakan program..waima IM pun da ikut contoh PAS dgn mlaksanakan tahalluf siasi.kalau deme nak ambil contoh sikit apa salahnya...contoh gerakan Islam jugak kan...takkan nak ambil contoh yg tak elok pulak...

apa2 pun kita sbg org awam ni kena bg komitmen dan kerjasama kpd psatuan yg dilihat lebih brusaha nak bawa islam ni,walaupun masa akan dtg bkn ustaz2 ni lagi yg menjadi pmimpin kita..

saya pun rasa setuju jugak dengan sedara yang kedua ni.kalau nak diikutkan memang kita rasa macam perjuangan kita yang sebenar di malaysia, tapi cuba kita renungkan, apa benda yang membuatkan kita terpaut dalam ikatan ketika pulang nanti? xlain dan x bukan ukhuwah yang terbina secara kebersamaan atau secara yg lebih tepat, berjemaah lah...

tu je komen saya,syukran
be the best...

yang menjadi permasalahan skrng,sesetengah ustaz menghentam sesetengah individu dari belakang..contohnya kj..apabila berdepan dengan dia pijak semut pun tak mati..tapi dari belakang,hanya allah saja yang maha mengetahui..
mengenai mengambil contoh,kenapa tak ambil contoh terus dari im sahaja??
kan lebih senang..kita tinggalkan masalah politik di malaysia..dan nanti apabila dah habis belajar,anda balik ke malaysia kalau nak tegakkan islam melalui pas,tegakkan..

kalau betul ustaz nak menerapkan sifat mahmudah dalam diri,kita bentuk diri kita sama..jangan kita asyik menegur orang lain tapi kita lupa akan diri kita..sesungguhnya setiap manusia tidak terlepas dari melakukan dosa tak kiralah samada dia pas mahupun bn..kita semua sama disisi allah..yang membezakan hanyalah amalan kita..memang menjadi tanggungjawab kita memilih pemimpin yang membawa hukum islam... saya tak nafikan..tapi cuba guna pendakatan yang betul..
jangan seperti ketam mengajar anaknya berjalan sendiri..ustaz dpmz mengatakan bahawa semua ini adalah hukum allah..memang betul, tetapi belajar sama bagaimana rasulullah berdakwah..bagaimana rasulullah menangani pemimpin yang tidak membawa islam.kaji bagaima nabi musa menangani firaun..kalau malas nak cari ni link dia http://quran.al-shia.org/id/qesseh-quran/18.htm ..ok..jangan kita rasa hanya pihak kita sahaja yang betul walhal secara tidak sedar kita serupa seperti mereka..waallahhualam..

Sahabat