Saturday, May 21, 2011

Kepimpinan PMRAM Dekati PMRAM Cawangan

Posted by UPP DPMZ On 2:36 AM No comments



KAHERAH , 20 Mei - Keutuhan PMRAM terus diperkukuhkan dengan sokongan dan dokongan daripada ahli PMRAM samada PMRAM cawangan BKAN & DPM , yang tidak pernah jemu memberikan komitmen kepada PMRAM sehingga kini. 

Oleh kerana yang demikian , kepimpinan PMRAM 2011 mengatur langkahan pertama dengan mendekati seluruh PMRAM Cawangan di BKAN mahupun DPM bagi merapatkan lagi ikatan ukhuwah yang terjalin sekaligus dapat bersemuka dengan ahli untuk mendengar segala permasalahan yang berlaku di peringkat masing-masing.


" Inisiatif BP & HEWI Angkat yang telah ditetap oleh PMRAM PUSAT adalah bertujuan bagi PMRAM cawangan dapat menyalurkan segala permasalahan dan juga gerak kerja melalui BP & HEWI Angkat yang telah ditentukan" ujar Saudara Mohd Solehuddin bin Safien selaku Naib Presiden 2 merangkap Ketua Lajnah Muhafazah , PMRAM 2011.

Antara PMRAM CAwangan yang telah dikunjungi oleh kepimpinan PMRAM ialah DPM Zaqaziq,DPM Tanta,DPM Iskandariah,DPM Mansurah,DPM Damanhur & BKAN Terengganu,Perak,Melaka,Kelantan,Kedah dan Johor.

Pelbagai jemputan diterima dari PMRAM BKAN & DPM samada mengadakan perjumpaan khas bersama AJKT ,ziarah ,pelancaran kempen menghadiri program seperti motivasi dan sebagainya .

0 comments:

Sahabat