Tuesday, March 30, 2010

120 Ahli DPMZ Di Forum "Membina Masjid" .....

Posted by UPP DPMZ On 1:28 AM No comments

Santai..... Us Dzulnawawi Munawer mengemudi forum dengan tenang dan bersahaja
 
DEWAN DARUL WEHDAH, SABTU, 27 MAC 2010 : Jabatan Pengerusi DPMZ telah mengadakan sebuah forum mengenai Bait Muslim dengan menjemput pasangan yang baru berkahwin dari Mansurah iaitu Us Abdul kadir Umar yang merupakan mantan Pengerusi DPM Mansurah dan Dr Syahidatul Syakila Bt Aini, AJKT PCM.Majlis dimulakan pada jam 7.50 malam dengan forum dikendalikan oleh Us Dzulnawawi Munawer.Kedua-dua ahli panel telah memberitahu mengenai prosedur perkahwinan melalui Unit Bait Muslim PMRAM dan kebaikan menggunakan saluran yang ada demi mencari jodoh yang terbaik.


          Selain itu, panelis juga menceritakan pengalaman mereka sepanjang alam perkahwinan mereka yang ditempuhi dengan indah dan kebahagiaan yang telah dikecapi walaupun berasal daripada latar belakang pengajian yang berbeza iaitu Pengajian Islam dan Sains Kesihatan.Selepas itu, para hadirin mengemukakan soalan kepada panelis mengenai perkahwinan.Pengerusi DPMZ, Us Muhammad Hanif Jamaluddin telah menyampaikan cenderahati kepada Us Abdul Kadir Umar sebagai tanda penghargaan kepada panelis.DPMZ berharap para ahli yang hadir mendapat manfaat melalui program ini.Sesungguhnya, Unit Bait Muslim PMRAM menawarkan sesuatu yang berharga kepadawarga mahasiswa kita iaitu mencari jodoh mengikut lunas-lunas Islam. 

Minat..... ramai mahasiswa hadir ke Forum Bait Muslim
 
Beri perhatian..... mahasiswi sedang memberi tumpuan kepada pengisian forum

Penuh..... sekitar 120 orang ahli DPMZ menghadiri program ini
 
Orang memberi kita merasa..... Pengerusi DPMZ menyampaikan cenderahati kepada panelis jemputan

0 comments:

Sahabat