Sunday, March 7, 2010

Futsal Piala Presiden 2010 : Penamat Sebuah Perjuangan.....

Posted by UPP DPMZ On 12:25 PM No comments

Tamat..... Pengurus serta pemain Zagazig B tetap ceria walaupun tewas kepada Skuad Penyu melalui penentuan sepakan penalti

STADIUM TERTUTUP NADI RIYADI, KAHERAH, 4 MAC 2010 : Skuad Zagazig B mengakhiri cabaran di Kejohanan Futsal Piala Presiden 2010 dengan hanya sekadar menempatkan diri dalam kelompok 8 terbaik di kalangan 40 pasukan yang bertanding.Skuad Zagazig B tewas kepada Terengganu A dalam aksi Suku Akhir yang berlangsung di sini pada jam 10.20 malam.Skuad Zagazig B merupakan pasukan DPM terakhir yang tewas selepas Shibin El-Kom tewas kepada Kelantan di Suku Akhir.


          Skuad Zagazig B dan Terengganu A mempamerkan corak permainan berhati-hati dengan Terengganu A yang juga pasukan pilihan dan dibarisi oleh kombinasi pemain berpengalaman gagal melepasi pertahanan Zagazig B.Pasukan Terengganu A banyak melakukan percubaan jarak jauh yang berjaya diselamatkan oleh penjaga gol, Abdussalam.Selain itu, pertahanan Zagazig B iaitu Zainullah Pauziy, Ermyzal Nazirul dan Nik Ahmad Zakir juga berjaya merantai pergerakan penyerang Terengganu A daripada melepasi kubu Zagazig B.

          Terengganu A mendapat suntikan semangat daripada kehadiran ramai penyokong mereka yang melungkan slogan "Peteh Terengganu Peteh".Peluang terbaik hadir Zagazig B pada minit awal permainan babak kedua apabila Syahmi Ismail melakukan larian kencang di sebelah kanan gelanggang melepasi pertahanan Terengganu A dan kemudiannya melepaskan rembatan deras ke sudut kiri gawang lawan tetapi berjaya ditepis keluar penjaga gol.Pergerakan pemain Zagazig B yang lain iaitu Fizree Abu Bakar dan Ainol Abdul Hamid pula banyak dikekang oleh pertahanan Terengganu A.Syahmi Ismail digantikan dengan Ahmad Basheer Husni.

          Selepas tamat masa sebenar, sepakan penalti manjadi penentuan kemenangan.Abdussalam gagal menyelamatkan 2 gol pertama sambil Ainol Abdul Hamid berjaya menyumbat masuk gol pertama Zagazig.Sepakan pemain gantian, Ahmad Basheer berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Terengganu A.Pemain veteran Terengganu A, Nik Rosdi Nik Jusoh menamtkan cabaran Zagazig B dengan merembat bola ke sebelah kiri pintu gol menewaskan Abdussalam.Zagazig tewas 3-1 melalui penentuan penalti.Walaupun tewas, Zagazig B yang dibarisi sebahagian besar pemain baru tetap gembira kerana telah mempamerkan permainan terbaik sepanjang kejohanan apabila tidak kalah pada masa sebenar sepanjang kejohanan serta hanya dibolosi sekali sahaja.Syabas buat skuad muda Zagazig B.

          Nasib berlainan pula dialami oleh Zagazig A apabila tewas mengajut di peringkat kumpulan.Zagazig A yang hanya memerlukan seri untuk ke pusingan kedua tewas mengejut kepada Kedah B 0-1.Perlawanan berlangsung sengit dengan kedua belah pasukan melakukan asakan deras dan beberapa percubaan bahaya.Akan tetapi, penyerang Kedah B Luqman Ramli memusnahkan impian Zagazig A apabila menjaribkan gol kemenangan pada babak kedua dengan rembatan menewaskan penjaga gol Nordin Rusni.Zagazig A cuba bangkit semula dengan menguasai hampir sebahagian besar permainan memaksa Kedah B untuk bertahan.Beberapa percubaan Zagazig A juga berjaya diselamatkan penjaga gol Kedah B.Tiupan wisel penamat menandakan berakhirnya cabaran Zagazig A.DPMZ mengucapkan syabas kepada pasukan Zagazig A dan B kerana telah mempamerkan kesungguhan dan permainan terbaik dan pesanan untuk para pemain pula "Piala Malaysia menanti Julai ini".

Berita lanjut Skuad Zagazig di Futsal Piala Presiden 2010 bakal menyusul di ruangan Kebudayaan, Kesenian Dan Sukan.

 
Pemusnah..... pemain veteran Skuad Penyu Nik Rosdi Nik Jusoh menjaringkan gol kemenangan 

  
Bertahan..... pemain Zagazig B merantai pergerakan penyerang Skuad Penyu

  
 Serang..... pemain Skuad Kuda Putih cuba melepasi pertahanan Skuad Penyu

 
Strategi..... pengurus pasukan Maarof Yusof mengarahkan sesuatu kepada pemain

0 comments:

Sahabat