Friday, March 26, 2010

Pertahankan Hak Kita : Mantan Bendahari PMRAM

Posted by UPP DPMZ On 10:45 PM No comments

KAHERAH, 25 Mac 2010 - Kesibukan untuk menghadapi muktamar tidak lama lagi tidak menghalang beberapa orang wakil Badan pengurus PMRAM untuk mengadakan pertemuan bersama Ustaz Abdul Rashid Osman selaku mantan Bendahari PMRAM antara tahun 1983-1990. Peluang keberadaan beliau di bumi Mesir ini digunakan sebaiknya oleh pihak PMRAM untuk meminta buah fikiran dan pandangan daripada beliau.

Kunjungan telah diadakan di rumah tamu Keluarga Pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) yang diketuai oleh saudara Mohd Azrul Ismail selaku Naib Presiden I, dan beberapa Badan Pengurus yang lain iaitu saudara Mohd Adlan Mokhtaruddin, Meor Mohd Khairul Anuar, Mohd Farkhan Md Zain dan Mohamad Azlan Hj Alias.

Ustaz Abdul Rashid merupakan lepasan Al Azhar yang memulakan pengajiannya di sini pada tahun 1980 hingga 1990. Sepanjang keberadaan beliau di sini, pada awalnya beliau merupakan exco perumahan di Majlis Kebajikan Keluarga Kedah (MKKK), seterusnya dilantik menjadi Yang DiPertua MKKK, selanjutnya menerima amanah sebagai Badan Pengurus PMRAM sebagai Bendahari PMRAM selama 4 sesi bermula pada tahun 1983 dan berakhir pada tahun 1990.

Ketika mana menceritakan pentadbiran PMRAM dalam Rumah Melayu pada waktu tersebut, beliau menegaskan, "hak perlu dipertahankan. Rumah Melayu adalah usaha pelajar kita, dan ianya perlu dipertahankan" ujar beliau disamping PMRAM perlu sentiasa menjaga hubungan yang baik bersama Kedutaan Besar Kaherah.

Beliau juga berpesan, selain mengutamakan pengajian, persatuan juga tidak diabaikan. Ilmu yang diperolehi digunakan dalam lapangan persatuan sebagai persediaan sebelum pulang ke Malaysia nanti.

Sebelum bersurai, pihak PMRAM menyampaikan sedikit cenderahati kepada Ustaz Abdul Rashid tanda kenang-kenangan.
 
 
 
Sumber : www.pmram.org

0 comments:

Sahabat