Monday, March 1, 2010

Piala Presiden 2010 : Ayuh Semarakkan Kejohanan Piala Presiden.....

Posted by UPP DPMZ On 6:13 PM No comments

Assalamualaikum...
Berkat kesabaran dan kejituan semangat kalian dalam mendoakan kejayaan Kejohanan Piala Presiden. Insya-Allah kejohanan tersebut bakal berlangsung sebagaimana biasa, cuma dilewatkan tarikhnya pada 2-4 Mac 2010, bertempat di Dewan Nadi Riadhi Madinah Nasr.

Kepada semua pengurus dan pasukan yang menyertai kejohanan tersebut, di harapkan dapat datang tepat pada masanya bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Pembukaan Kejohanan Futsal Piala Presiden 2010 akan berlangsung pada pukul 7.00 pagi esok yang akan dirasmikan oleh Presiden PMRAM sendiri.

Diharapkan kejohanan yang julung kali di anjurkan PMRAM ini, dapat menatijahkan sesuatu yang positif dalam kalangan pendukung PMRAM dan juga mahasiswa Perlembahan Nil ini. Di jemput kepada semua hadir bagi memeriahkan lagi kejohanan tersebut.

Slogan keramat "KITA PMRAM" menjadi titik ukhuwwah dalam kalangan kita semua. Bertepatan tema kejohanan pada kali ini "Semangat Dijana Ukhuwwah Dibina".

Jamal Najmuddin bin Sulaiman
Ketua Badan Kebudayaan Kesenian Dan Sukan PMRAM 2009
Penasihat Futsal Piala Presiden 2010

sumber : http://www.bolapmram.blogspot.com/ (Laman rasmi Piala Presiden PMRAM 2010)


Ikuti perkembangan terkini Skuad Kuda Putih Zagazig di Laman Rasmi DPMZ

0 comments:

Sahabat