Wednesday, June 23, 2010

Perhatian!! Sila Dapatkan Visa Pelajar.

Posted by UPP DPMZ On 2:06 PM No comments

 Assalamualaikum w.b.t. Kami ingin mengambil perhatian kepada semua mahasisiwa mahasisiwi Al-Azhar dan juga perubatan Zagazig yang akan pulang ke Malaysia pada tahun ini, sekiranya antum pernah membuat urusan untuk mendapatkan visa pelajar pada tahun ini dan masih belum mendapatkan cop visa tersebut, sila dapatkannya segera di Pejabat Jawazat Zira'ah sebelum antum pulang ke Malaysia. 
Sekiranya antum gagal berbuat demikian dikhuatiri akan dikenakan denda ketika berada di lapangan terbang ketika ingin pulang ke Malaysia dan juga denda ketika ingin mendapatkan cop setelah kembali semula ke Mesir. Sehubungan dengan itu kami amat mengharapkan kepada semua mahasiswa/wi untuk  bertindak segera mendapatkan visa berkenaan sebelum pulang kemalaysia. sebarang masalah boleh berhubung terus dengan Pengerusi DPMZ Ust Muhammad Hanif Jamaluddin di talian 0142309120. 

Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat Allah s.w.t.

0 comments:

Sahabat