Monday, October 25, 2010

Takziah Buat Saudari Nur Adila Bte Kamaruddin Sekeluarga

Posted by UPP DPMZ On 7:40 PM No comments



           Assalamualaikum wbt. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Setiap yang bernyawa pasti akan mati, daripada Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali.

          Barisan AJKT DPMZ serta seluruh warga DPMZ mengucapkan takziah kepada Nur Adila Binti Kamaruddin  (Tahun 5 Kuliah Perubatan) sekeluarga di atas pemergian ayahanda beliau yang pergi menemui Rab Izzati. Pihak DPMZ mendoakan semoga arwah ayahanda beliau ditempatkan bersama para solihin & para anbiyail mursalin di syurga Allah.

            Semoga Saudari Nur Adila dapat tabah dan sabar dengan ujian ini. Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang bersabar. Bersama-sama kita sedekahkan Al-fatihah serta memberikan semangat kepada mereka agar dapat menempuhi ujian ini. 

0 comments:

Sahabat