Tuesday, May 24, 2011

2011 Tahun Gempur Dana Syaqah

Posted by UPP DPMZ On 2:51 PM No comments



Misi Dana Syaqah PMRAM walaupun masih belum mencapai sasaran mengikut jangkaannya pada akhir tahun 2009 berdasarkan usul yang telah disepakati di dalam Muktamar Sanawi PMRAM kali ke-76, namun ia tetap diteruskan secara komited oleh pihak PMRAM.
Biarpun begitu , perlaksanaan dan perancaan untuk memiliki sebuah syaqah milik PMRAM tidak dipandang sepi buktinya kini ia tetap diteruskan bagi menjayakan misi tersebut seterusnya meringankan bebanan PMRAM dalam menanggung sewaan dua buah pusat operasi PMRAM yang mencecah perbelanjaan puluhan ribu setiap tahun.

Bermulanya sesi kepemimpinan PMRAM yang baru, maka bermulalah juga sesi baru bagi Unit Dana Syaqah. Oleh itu,segala gerak kerja Unit Dana Syaqah bagi sesi lepas masih lagi diteruskan pada sesi ini.

Kajian demi kajian sedang dijalankan Unit Dana Syaqah bagi mencari penyelasaian terbaik untuk penjenamaan semula Unit Dana Syaqah PMRAM.

Jika dilihat pada sesi-sesi yang lalu, jelas kelihatan peratusan kenaikan kewangan Unit Dana Syaqah kurang memberangsangkan. Target yang ingin dicapai turut tidak seperti yang diimpi-impikan walaupun usaha sesetengah pihak telah mencapai ke tahap yang maksimum. Akan tetapi, ini bukanlah satu fakta yang harus diterima untuk membiarkan usaha ke arah menggerakkan Unit Dana Syaqah ke arah yang lebih serius dibiarkan begitu sahaja.

Namun,setelah selesai perbincangan secara khusus berkaitan Dana Syaqah bersama pimpinan tertinggi unit beserta Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM 2011, maka kami telah memutuskan untuk menggempur habis-habisan bagi merealisasikan impian mendapatkan syaqah pada sesi ini.Jumlah dana yang disasarkan untuk tahun ini adalah LE700,000.00.

Oleh itu, harapan yang tinggi dan menggunung kami harapkan kepada semua pimpinan Badan Kebajikan Anak Negeri dan Dewan Perwakilan Mahasiswa beserta seluruh ahli PMRAM yang ada untuk sama-sama menggempur dan merobek ruang-ruang yang ada untuk mendapatkan syaqah pada sesi kali ini. Gerak gempur yang lebih berfokus perlu dirasa,dipikul,dipegang serta dipundakkan ke atas bahu masing-masing demi memastikan usaha ke arah mendapatkan syaqah pada sesi ini jelas kelihatan.

Moga-moga usaha yang ditunjukkan semua pihak ini mendapat ganjaran daripada Allah s.w.t.


Gempur Syaqah,Julang PMRAM

Sumber : Hewi PMRAM

0 comments:

Sahabat