Sunday, May 29, 2011

“Majlis Tentera” : Pilihanraya Umum Akan Diadakan Pada Waktunya….

Posted by UPP DPMZ On 9:36 PM No comments

Tunjuk perasaan.... Rakyat Mesir berdemonstrasi lagi Jumaat lepas

     Anggota Majlis Tentera menekankan bahawa jadual peralihan kuasa “tidak akan berubah tanpa kewujudan kuasa-kuasa politik yang belum bersedia atau ingin lebih banyak masa untuk mempersiapkan diri” dengan penekanan baru pada pilihan raya Majlis Rakyat dan Dewan Syura akan diadakan sepanjang September akan datang. Demikian kata Panglima Tentera Mesir, Jeneral Mamduh Shahin yang juga Timbalan Menteri Pertahanan  bagi kerajaan sementara Mesir.
Beliau yang juga adalah ahli Majlis Tentera berkata “Sesungguhnya Majlis Tentera berpendirian dalam ruang lingkup yang sama daripada seluruh arus perkembangan, tidak menyulitkan semua pihak, menafikan kewujudan apa sahaja persefahaman atau perbincangan bersama kuasa-kuasa politik lain”. Beliau juga meminta media massa supaya “menjaga kepentingan negara dan laporan yang dilaporkan mestilah tepat”.

     Ketika mengulas mengenai demonstrasi terbaru yang berlaku Jumaat lepas, Shahin menegaskan bahawa hak untuk menunjuk perasaan dan memberikan kritikan dijanjikan akan tetapi bukan “kritikan ganas”. Beliau mengkritik sebahagian demonstran yang turun ke jalanan untuk membentuk sebuah Majlis Presiden bagi memerintah negara, seraya menambah “Bagaimana rakyat membuat keputusan menuntut Majlis Presiden dan memberikan  perundangan kepada Majlis Tertinggi Angkatan Tentera?”

     “Tiada keperluan untuk penubuhan Majlis Presiden, dan hampir 80% berpandangan `Ya` kepada pemerintahan kerajaan sementara di bawah Majlis Tertinggi Angkatan Tentera” ujar beliau lagi. Mengenai tuntutan “mempercepat proses penghakiman”, beliau berkata perkara tersebut dikhuatiri akan menyebabkan kezaliman kepada pihak tertuduh dan Majlis Tertinggi tidak boleh bergerak dalam tekanan. Semua peraturan yang dikeluarkan dibuat bertepatan dengan seluruh kehendak demonstran atau perkembangan semasa dan ini tidak bermakna kedua-duanya mesti terikat. Shahin juga menjelaskan bahawa Majlis Tertinggi Angkatan Tentera akan mengeluarkan peraturan selepas memeriksa situasi terkini dengan baik.

 Jeneral Mamdouh Shahin.... Timbalan Menteri Pertahanan Mesir

sumber : http://www.almasry-alyoum.com

0 comments:

Sahabat