Sunday, May 29, 2011

Husni Mubarak dan 2 Bekas Menteri Didenda LE 540 Juta

Posted by UPP DPMZ On 9:49 PM No comments

Husni Mubarak.... dihukum membayar LE 200 juta

     Mahkamah pentadbiran Kehakiman semalam memerintahkan bekas Presiden Husni Mubarak, bekas Perdana Menteri Ahmad Nazif dan bekas Menteri Dalam Negeri Habib Al-Adly membayar pampasan sebanyak LE 540 juta kerana kemudaratan yang terjadi kepada ekonomi  negara kerana tindakan kerajaan Mesir memutuskan rangkaian telekomunikasi dan internet ketika berlakunya Revolusi 25 Januari.


     Jumlah tersebut adalah hasil kajian Kementerian Telekomunikasi Dan Teknologi Maklumat terhadap nilai pampasan sewajarnya kepada syarikat-syarikat telekomunikasi dan seluruh pelanggan yang terkesan daripada pemotongan perkhidmatan.

     Mahkamah menetapkan ketiga-tiga tertuduh iaitu Husni Mubarak membayar LE 200 juta, Ahmad Nazif membayar LE 40 juta dan Habib Al-Adili membayar LE 300 juta. Pihak pendakwa raya yang memulakan pendakwaan sekitar Mac yang lalu menyatakan 3 buah syarikat telekomunikasi iaitu Vodafone, Ettisalat dan Mobinil melanggar syarat-syarat perkhidmatan kepada pengguna dan syarikat tersebut mesti bekerjasama untuk mencapai matlamat kerajaan iaitu menghentikan revolusi.

     Mahkamah merujuk kepada pendakwaan oleh Jawatankuasa Pemerintah Negara yang menegaskan bahawa setiap pihak yang mendapat kesusahan akibat daripada pemotongan rangkaian telekomunikasi mempunyai hak untuk menuntut pampasan dan menetapkan ketiga-tiga tertuduh membayar pampasan yang ditetapkan mahkamah.

     Di samping itu juga, Menteri Telekomunikasi Doktor Majid Usman berkata pihak kementerian belum membuat apa-apa keputusan lagi mengenai perkara ini akan tetapi akan mengkaji semula fail-fail yang berkaitan pampasan syarikat telekomunikasi dan pelanggan yang mendapat kesusahan akibat pemberhentian perkhidmatan dan menamatkan penyelidikan pada bulan hadapan. Kata beliau lagi “Sesungguhnya pampasan yang dituntut oleh syarikat telekomunikasi daripada pihak telekomunikasi kebangsaan menjangkau LE 100 juta dan diharapkan dapat menyelesaikan masalah ini dengan mereka pada bulan hadapan terutamanya kerana mereka menunaikan kewajipan untuk negara dalam bentuk cukai dan pemotongan dana daripada  keuntungan.”



 Ahmed Nazif..... bekas PM didenda LE 40 juta

 Habib Al-Adly..... bekas Menteri Dalam Negeri didenda LE 300 juta


Sumber : http://www.almasry-alyoum.com/

0 comments:

Sahabat