Tuesday, May 17, 2011

Ekspedisi Ziarah Bulan Solat Mahasiswi Sampaikan Dakwah Dengan Berkesan

Posted by UPP DPMZ On 10:38 PM No comments



ZAGAZIG, 13 Mei 2011 / 9 Jamadil Akhir 1432 H - Kempen Bulan Solat di bawah anjuran Unit Dakwah dan Pembangunan Insan DMPZ telah dilancarkan pada 9 Mei 2011 selepas solat sunnat hifzi di Dewan Darul Wehdah. Pelancaran yang hanya melibatkan pelajar mahasiswi itu dihadiri oleh hampir 30 orang ahli DPMZ.Antara agenda yang akan dilaksanakan bersempena kempen ini adalah Ekspedisi Ziarah ke rumah ahli DPMZ oleh adhoc pelaksana kempen dan skuad-skuad penggempur(promosi). Ekspedisi kali pertama peringkat akhawat telah dilaksanakan pada 13 dan 14 mei yang lalu.

Ekspedisi ziarah ini telah melibatkan 14 orang skuad penggempur yang terdiri daripada naqibah dan timbalan naqibah tahun 5(akhawat). Kawasan-kawasan perumahan ahli  yang terlibat dalam ekspedisi ini adalah kawasan Kafr Zend,Salam,Qaumiah, Mauaf Tanta Qodim dan Villa Gamaah . Setiap penggempur telah dibahagikan kepada kawasan-kawasan tertentu untuk memudahkan perjalanan ekspedisi ini.


Ekspedisi Ziarah kali pertama ini telah dilaksanakan dengan jayanya melibatkan 52 buah rumah mahasiswi  sekitar Zagazig yang merangkumi 166 orang ahli DPMZ. Ia bertujuan untuk menerangkan tentang tujuan kempen bulan solat ini diadakan serta menyeru ahli-ahli DPMZ supaya meningkatkan lagi kualiti solat dan menyedarkan mereka tentang kepentingan solat dalam kehidupan selaku hamba Allah.

Dalam ekspedisi tersebut, skuad penggempur telah mengedarkan beberapa risalah berkaitan asas-asas solat,borang kaji selidik minggu pertama,dan borang Mutaba`ah amalan daripada unit pengisian kempen. Di samping  itu, ahli rumah dihidangkan dengan tazkirah ringkas daripada skuad penggempur.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada ahli DPMZ kerana dapat memberikan  kerjasama yang baik dalam ekspedisi  ziarah tersebut.Pihak DPMZ berharap agar ziarah ini dapat dilaksanakan  dengan lebih lancar pada minggu-minggu akan datang.

0 comments:

Sahabat