Friday, May 13, 2011

'Malam Tautan Iman' Medium Tarbiyah Ruhiyyah

Posted by UPP DPMZ On 10:13 PM No comments


 "Ingatlah, hanya dengan mengingati ALLAH, hati akan menjadi tenang."

ZAGAZIG, 13 Mei - Bersempena Kempen Bulan Solat Yang dilancarkan sepanjang bulan Mei ini, pihak DPMZ di bawah Unit Dakwah & Pembangunan Insan telah menganjurkan 'Malam Tautan Iman' di pejabat DPMZ yang bermula sekitar jam 2 pagi tadi.


Suasana malam yang tenang dan hening diisi dengan himpunan solat-solat sunat, bacaan quran serta zikir secara berjemaah. Selesai solat Subuh berjemaah, para hadirin dihidangkan dengan sajian rohani melalui pengisian tazkirah yang disampaikan oleh Saudara Nik Saifullah Nik Mahmud, Mahasiswa Tahun 4 Kuliah Usuluddin Jabatan Hadith.

Cebisan daripada tazkirah tersebut, beliau mengajak para hadirin agar lebih mengambil berat dan jangan memandang ringan perihal solat susulan daripada mafhum hadith baginda S.A.W. yang mengingatkan kita tentang solat yang merupakan amalan pertama yang dihisab di akhirat kelak. 

Antara mahasiswa yang memeriahkan "Malam Tautan Iman"

Semoga minggu seterusnya mendapat kehadiran yang lebih ramai.

0 comments:

Sahabat