Wednesday, June 8, 2011

Mendokong Kebajikan PMRAM

Posted by UPP DPMZ On 9:17 PM No comments

Saudara Anas Zharif menyampaikan sumbangan kepada Saudara Muhammad Harith

ZAGAZIG, 8 Jun 2011 - Saudara Anas Zharif Bin Harun, Timbalan Setiausaha merangkap Unit Kebajikan dan Kemanusiaan DPMZ sesi 2010/2011 selaku wakil kepimpinan DPMZ telah menziarahi ke rumah Saudara Muhammad Harith Bin Mohd Azmi, mahasiswa Universiti Al-Azhar, tahun 3 kuliah Usuluddin Wa Dakwah syu’bah Aqidah Wa Falsafah adalah salah seorang mangsa kecurian baru-baru ini.


         Pada masa yang sama juga beliau telah menyampaikan sumbangan Tabung Kebajikan DPMZ kepada Saudara Harith di biliknya. “Takziah dan banyak bersabar di atas kejadian kecurian itu” ujar Saudara Anas Zharif kepadanya. “Terima kasih di atas sumbangan ini”  balas Saudara Harith.

       Sumbangan Tabung Kebajikan DPMZ juga turut disampaikan kepada Saudari Zarifah Binti Mahmood, mahasiswi Universiti Zagazig, tahun 2 kuliah Perubatan selaku wakil rumahnya yang juga mangsa kecurian baru-baru ini. Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban mereka.

         Pihak DPMZ sekali lagi mengucapkan takziah kepada mangsa kejadian kecurian yang berlaku pada 5 Jun 2011 hari Ahad dan bersabar menempuh dugaan oleh Allah SWT dalam fatrah menghadapi peperiksaan.  

          Diharap semua warga DPMZ berhati-hati dan beringat semasa berada di rumah dan di luar rumah dan segera memaklumkan perkara yang mencurigakan kepada Saudara Muhammad Lokman Bin Sulaiman, Pengerusi DPMZ (011-1235115) atau mana-mana AJKT DPMZ agar dapat menanganinya dan kejadian seperti ini tidak berulang lagi.

Mendokong Kebajikan PMRAM

0 comments:

Sahabat