ZAGAZIG, 30 Mei 2011 - Selepas berjaya dilaksanakan sepanjang bulan Mei ini, Kempen Bulan Solat telah melabuhkan tirainya di dalam majlis penutupan pada Majlis Solat Sunat Hifzi yang terakhir.
Majlis penutupan bermula sebaik sahaja selesai tazkirah yang disampaikan oleh Saudara Muhamad Akramin Bin Ishak. Beliau mengingatkan kepada kita agar meniatkan segala amalan kita sebagai ibadah kepada Allah serta berlumba-lumba melakukan kebaikan.
Dimulakan dengan ucapan pengarah program Kempen Bulan Solat pada kali ini, Saudara Dzul Nawawi Bin Munawer, beliau menzahirkan jutaan rasa terima kasih kepada semua ahli atas kerjasama yang diberikan sepanjang kempen ini. Beliau juga menyatakan hasil kaji selidik yang dijalankan bagi ikhwah sepanjang ekspedisi ziarah yang berlangsung.
Melihat kepada hasil tersebut, ternyata masih ramai lagi yang kurang memahami dan menyedari perihal solat serta kepentingannya kepada kehidupan kita. Masih ramai di antara kita yang memandang ringan kepada ibadah yang pertama sekali bakal dihisab di akhirat kelak.
Tidak dilupakan pada malam tersebut, majlis penyampaian cenderahati kepada para pentazkirah Malam Tautan Iman yang disampaikan oleh Saudara Muhamad Lokman Bin Sulaiman selaku Pengerusi DPMZ sesi 2010/2011.
Pihak DPMZ berharap agar dengan berakhirnya kempen ini bukan bermakna berakhirnya usaha kita untuk terus mempertingkatkan mutu solat kita.Di samping itu kita perlu saling memperingati sesama kita bagi mendapatkan solat yang terbaik dan berkualiti.
Semoga kita sama-sama tergolong di dalam orang yang memperoleh keredhaanNya serta termasuk di kalangan orang yang beruntung di negeri abadi kelak.
0 comments:
Post a Comment