Saturday, June 4, 2011

Yaman Dan Syria Bermandi Darah

Posted by UPP DPMZ On 6:36 PM No comments


Undur Ali Abdullah Saleh.... rakyat Yaman melaungkan slogan mendesak peletakan jawatan Presiden Yaman yang  telah memerintah hampir 33 tahun.


     Sebuah insiden pengeboman di Istana Presiden menyebabkan Presiden Yaman Ali Abdullah Saleh,Perdana Menteri Ali Mujawwar, Ketua parlimen serta beberapa pegawai kerajaan cedera. Kerajaan Yaman menafikan spekulasi yang menyatakan Presiden Ali Abdullah Saleh terbunuh dalam serangan bom di Sanaa sambil menyatakan Presiden hanya mengalami cedera ringan sahaja.

     4 orang anggota Pengawal Republikan maut akibat serangan bom tersebut. Jurucakap kerajaan juga menyatakan Ketua Parlimen Yahya Ar-Raei dan Timbalan Perdana Menteri Rasyad Al-Alimi berada dalam kedaan kritikal. Serangan berlaku berhampiran masjid.

     Sejurus selepas kejadian pengeboman itu, Presiden Salleh telah mengarahkan Pengawal Republikan untuk menyerang kedudukan pemimpin-pemimpin puak. Antara yang diserang ialah pemimpin kabilah Hashid, Sadeq Al-Ahmar yang bertempur dengan Pengawal Republikan di Sanaa beberapa hari lalu. Sadeq menafikan penglibatan pengikutnya di dalam pengeboman tersebut. Pertempuran yang berlaku menyebabkan 25 orang terbunuh di  Sanaa.

    Sementara itu, rakyat Yaman terus mengadakan demonstrasi di Dataran 70 berdekatan Istana Presiden sempena “Jumaat al-Wafa` Litaizz” untuk mendesak peletakan jawatan Prseiden Ali Abdullah Saleh dan reformasi politik di Yaman.

    Di Syria, ribuan rakyat berdemonstrasi semalam sempena “Jumaat Kebebasan Kanak-kanak” untuk memperingati kematian kanak-kanak yang maut ditembak tentera sejak bermulanya demonstrasi yang menuntut  peletakan jawatan Presiden Basyar Al-Assad. Demonstrasi berlaku di seluruh Syria antaranya di Hims, Damsyik, Deraa dan banyak lagi. Puluhan terbunuh dan ramai orang cedera dalam demonstrasi semalam di Hama ketika pihak berkuasa cuba menyuraikan 50 ribu demonstran.

Presiden Ali..... tidak mahu senasib dengan Hosni Mubarak dan Zainal Abidin Bin Ali.

Berkawal..... Pengawal Republikan Yaman berkawal di Istana Presiden

 Nekad..... ribuan rakyat Yaman berdemonstrasi selepas Jumaat di Dataran 70.

  Biar putih tulang..... Sadeq Al-Ahmar (2 dari kiri) ketua puak Hashid bersama pengikut bertempur dengan Pengawal Republikan di ibu kota Sanaa.

Berjaga.... ahli puak Hashid sedang berkawal di Sanaa.

Basyar Al-Assad..... seorang diktator berfahaman Syiah Alawiyyah  menyambung legasi bapanya memerintah negara Syria yang bermajoriti Sunnah.

Berani..... rakyat Syria di Barnias meredah peluru tentera ketika berdemonstrasi sempena 
"Jumaat Kebebasan Kanak-kanak"

Sumber : http://www.almasry-alyoum.com/

0 comments:

Sahabat