Sunday, August 14, 2011

Kalam Alu-aluan Pengerusi DPMZ 2011/2012

Posted by UPP DPMZ On 12:58 PM No comments

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Segala puji bagi Allah yang telah memberikan kesempatan untuk sama-sama kita terus melaksanakan 
pesta ibadah di dalam bulan yang penuh keberkatan Ramadhan Al-Mubarak , bulan yang sarat  dengan 
peristiwa-peristiwa agong yang mana merupakan bulan bagi seluruh ummat Islam.. Selawat dan salam kita panjatkan buat junjungan besar Nabi Muhammad  SAW , barisan pimpinan khulafa’ Ar-Rasyidin, serta ahli keluarga dan kaum kerabat yang telah bersama-sama dalam mendaulatkan Islam sehingga pada hari ini ia diteruskan oleh generasi –generasi pewaris kepada perjuangan yang penuh suci ini.


Firman Allah SWT : “Tidaklah sama antara mu’min yang duduk ( yang tidak turut berperang ) yang tidak mempunyai uzur dengan orang-orang yang berjihad di jalan Allah SWT dengan harta mereka dan jiwanya atas orang-orang yang duduk satu derajat. Kepada mereka masing-masing Allah SWT menjanjikan pahala yang baik ( syurga ) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang-orang yang duduk dengan pahala yang besar. ( An-Nisa’ : 95 ).

Perjuangan menegakkan agama Allah SWT adalah satu tugas yang mencabar, memerlukan kesabaran, pengorbanan adalah sangat-sangat dituntut, perjuangan yang penuh dengan mehnah dan tribulasi, maka Islam telah menetapkan jiwa-jiwa yang berjuang di dalam perjuangan yang penuh suci ini, akan diganjari pahala dan syurga yang berlipat kali ganda malah akan kekal untuk selama-lamanya. Medan yang paling selayaknya untuk menterjemahkan tugasan ini adalah medan kepimpinan. 

Melihat kepada kepentingan untuk mengembalikan identiti akhlak Islamiyah di kalangan masyarakat yang semakin meruncing kebelakangan ini, maka ia menjadi salah satu kewajipan supaya penghayatan Islam kembali segar di kalangan masyarakat dan seterusnya dapat melahirkan kader-kader yang sanggup mewarisi perjuangan ini.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,
Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-18 Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig telah melabuhkan tirai, kini kepimpinan baru telah diisytiharkan bagi menggantikan kepimpinan sesi 2010/2011 untuk meneruskan survivle mahasiswa di bumi Zagazig. Kini DPMZ telah menjangkau usia 18 tahun bermula diawal penubuhannya pada Disember 1993 terus mengorak langkah dalam memastikan kebajikan dan hak mahasiswa tidak terabai. 

Kepimpian bagi sesi 2011/2012 mengharapkan kombinasi yang baik antara pucuk pimpinan dan ahli supaya segala cadangan dan muhasabah bersama yang dilontarkan dapat direalisasikan seterusnya dapat melahirkan insan-insan yang ada kesedaran Islam. 

Selain itu, dua usul yang telah disepakati untuk direalisasikan bagi kepimpinan sesi 2011/2012 ialah :
1) “ Membudayakan fikrah amal Islami dalam mendidik ahli DPMZ untuk membudayakan biah solehah yang mengikut syari’at “.
2) “ DPMZ bersama-sama PMRAM seiring dalam mendepani isu-isu yang berkaitan mahasiswa”.  

DPMZ bukan sahaja berkebajikan terhadap mahasiswa khususnya di bumi Zaagazig, bahkan terkehadapan dalam memperjuangkan serta membudayakan perkara-perkara yang berkaitan mahasiswa seperti mengembalikan biah solehah dan ia merupakan program saban tahun bagi DPMZ dalam merealisasikan penghayatan Islam dikalangan ahli. DPMZ juga bersama-sama ahli akan terus memberi komitmen terhadap PMRAM dalam menjayakan isu-isu yang berkaitan mahasiswa seiring  dengan keperluan mahasiswa untuk mendepani isu-isu semasa. 

Melihat kepada kesedaran yang telah ada pada mahasiswa/wi yang berada di bumi Zagazig dalam mengutarakan cadangan bagi kedua-dua usul tersebut, maka kepimpinan sesi 2011/2012 meyakini kebersamaan antara ahli akan terus diperkukuhkan. Pucuk pimpinan juga mengharapkan kerjasama yang baik dan bersedia untuk bekerja dan janganlah hanya rancak melontarkan pandangan dan kritikan, bagaikan kitalah perwira dan jaguh, walhal apabila diminta bersama-sama di barisan hadapan mengahdapi musuh kitalah orang yang pertama memberikan alasan dan bertangguh-tangguh kerana DPMZ adalah milik kesatuan bersama. 

Pimpinan juga ingin menekankan kepada 3 konsep yang sudah menjadi wawasan DPMZ kesekian lama. 3 konsep tersebuat ialah :
1) Fikrah-Muzakarah berkelompok menjadi pemangkin kepada kemantapan fikrah Islamiyah.
2) Ukhuwah-Menangkis anasir-anasir perpecahan serta menjauhkan sifat label-melabel dikalangan ahli, membudayakan konsep bekerja kepimpinan bersama ahli. 
3) Thaqafah- Program-program berbentuk ilmiah menjadi sasaran yang boleh membina minda mahasiswa di bumi Zagazig.

Inilah diantara konsep yang saban tahun ditekankan oleh kepimpinan Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig demi memastikan penghayatan Islam terus dititikberatkan sekaligus dalam menjayakan usul yang telah disepakati di dalam Mesyuarat Agong Tahunan Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig kali ke -18 yang baru sahaja melabuhkan tirainya. Semoga kehadiran pimpinan sesi 2011/2012 akan dapat menyuburkan kembali memori perjuangan generasi terdahulu lantas membuahkan suatu natijah yang berguna kepada ahli yang berada di bumi Zagazig khususnya.  



  




0 comments:

Sahabat