Saturday, August 6, 2011

Kaunter Saham Waqaf PMRAM Mula Dibuka

Posted by UPP DPMZ On 4:16 AM No comments


KAHERAH, 5 Ogos - Hasil perbincangan yang telah disepakati bersama di antara Unit Dana Syaqah (UDS) PMRAM bersama wakil rasmi jualan saham waqaf PMRAM petang tadi, kaunter saham waqaf PMRAM secara rasmi akan dibuka bermula esok.
Saham waqaf PMRAM telah dipersetujui di dalam mesyuarat Unit dana syaqah (UDS) PMRAM dan telah diputuskan dalam mesyuarat badan pengurus PMRAM pada akhir bulan 7 yang lalu sebagai salah satu agenda besar Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) di bawah Lajnah dan Unit Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM 2011.

Pada peringkat permulaan, sebanyak 2500 unit saham telah dibuka mengikut kapasiti kekuatan ahli di peringkat DPM dan BKAN.

Mahasiswa dan mahasiswi di seluruh peringkat cawangan bolehlah terus merujuk berhubung dengan wakil-wakil rasmi yang telah dilantik di peringkat cawangan wasing-masing untuk urusan pembelian saham.Pembelian saham waqaf PMRAM juga boleh dibuat secara langsung di pejabat PMRAM dan markas Hewi PMRAM.

Wakil-wakil rasmi di peringkat cawangan masing-masing adalah seperti berikut:

Perak - Muhammad Sufi bin Hanifah = 0115459049

Selangor - Muhammad Sufi bin Mohd Yusuf = 0146797145

Melaka - Badrul Amin bin Ashaari = 0112996110

Johor - Firdaous bin Abdullah = 0148131261

Terengganu - Ahmad Waliuddin bin Johari = 0143049654

Pahang - Muhammad Salman Al-Farisi bin Muhammad = 0143398011

Wilayah - Muhammad Haziq bin Rosli = 01523386637

Kedah - Ibrahim bin Mohd = 0113413258

Penang - Mohammad Khalis bin Othman = 0117316889

Kelantan - Aliff bin Mohd Yusof = 01526261734

Perlis - Mohamad Rifqi bin Mat jahak = 0146674233

Tanta - Mohd Khairum bin Zakaria = 0143349959

Dumyat - Masri bin Mohd Rosdi = 0147885673

Damanhur - Ahmad Muzakkir Ahlami bin Abd Aziz = 0112066212

Shoubra - Mohammad Taisir bin Mohd Husin = 0148745807

Mansurah - Md Nuzul Haqimi bin  Ibrahim = 0111623520

Zaqaziq - Anas Zharif bin Harun = 0116748167

Shibin El-Kom - Mohd Faizal bin Ishak = 0142990548

Iskandariah - Syakirah binti Muslim = 0147740527

"PMRAM mengharapkan agar seluruh mahasiswa dan mahasiswi di setiap peringkat untuk bersama-sama menjayakan saham waqaf PMRAM yang merupakan agenda besar PMRAM di bawah Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM 2011 sebagai tanda sokongan dan kebersaaman ahli dalam mempertahankan dan meneruskan survival PMRAM",ujar saudara Syeikh Muhd Mujahid bin Sikh Nawawi, Naib Presiden III merangkap Ketua Lajnah kebajikan dan Kamanusiaan PMRAM 2011.

"Jadikan bulan Ramadhan sebagai kesempatan terbaik untuk melakukan amal kebajikan seperti amalan berwaqaf yang amat dituntut oleh Islam ini", ujarnya lagi.

Segala maklumat akan disalurkan daripada semasa ke semasa. Sila layari web rasmi PMRAM dan blog rasmi Unit Dana Syaqah (UDS) PMRAM 2011.

Sumber : pmram.org

0 comments:

Sahabat