Friday, September 9, 2011

Mahasiswa Selangor Meninggal Dunia

Posted by UPP DPMZ On 12:39 AM No comments


KAHERAH, 8 Sept - Seorang mahasiswa PMRAM cawangan Selangor, allahyarham Haizrul Azizy Idros telah kembali ke rahmatullah di Hospital Ta'min Sihhi, Rabaah malam semalam.   



Jenazah allahyarham Haizrul Azizy Idros, telah disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital pada pukul 12.30 malam semalam dan telah dimaklumkan kepada pihak pegawa dan YDP BKSAM pada kira-kira pukul 4.00 petang hari ini. 

Dilaporkan,sewaktu kejadian, allahyarham saudara Haizrul Azizy Idros berada di sekitar kawasan Panorama di Solah Salim sejurus sebelum sebuah kenderaan Nissan Berwarna Merah merempuh tubuh mangsa.Kejadian tersebut telah disaksikan oleh dua orang warga arab yang berada di kawasan tersebut pada waktu kejadian yang bertindak segera menghubungi pihak kedutaan dan pegawai dan membawa mangsa ke hospital.

Wakil PMRAM, saudara Syeikh Muhd Mujahid bin Sikh Nawawi, selaku Naib Presiden III, merangkap Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM, saudara Ahmad Huzaifah Fauzi, Timbalan Setiausaha Agung PMRAM bersama pegawai Hal Ehwal Pelajar Selangor, Encik Faryzan Subkhi, YDP BKASM dan beberapa orang wakil AJKT BKASM sempat ke Hospitalselepas maghrib tadi untuk melihat jenazah allahyarham yang kinisedang ditempatkan di dalam bilik simpanan jenazah. 

TYT Dato. Dr. Fakhruddin Abdul Mukti, TYT Duta Malaysia ke Republik Arab Mesir dan beberapa orang pegawai kedutaan dan EM juga turut meluangkan masa hadir ke hospital untuk melihat keadaan allahyarham.  

"PMRAM mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga allahyarham, dan mendoakan agar allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. PMRAM juga akan turut memastikan kerjasama dapat dijalinkan sebaiknya untuk melancarkan lagi pengurusan jenazah allahyarham yang dijangka selesai esok hari" ujar saudara Syeikh MUhd Mujahid bin Sikh Nawawi, Naib Presiden III merangkap Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM 2011 ketika ditemui.

"Seluruh mahasiswa dan mahasiswi juga dinasihatkan untuk lebih berhati-hati apabila berada di jalanraya lebih-lebih di kawasan yang banyak kenderaan lalu-lalang untuk mengelakkan sebarang kemalangan yang tidak diingini seperti yang telah berlaku ini", ujar beliau lagi.   

Segala maklumat berkaitan pengurusan jenazah akan dimaklumkan daripada semasa ke semasa.

Sumber: PMRAM

0 comments:

Sahabat