Wednesday, October 19, 2011

Ahli DPMZ Tendang Bola Untuk Somalia

Posted by UPP DPMZ On 9:52 PM No comments

Gelecek.... Syahmi berjaya melepasi kekangan Zaid.

ZAGAZIG, 21 Zulkaedah 1432/19 Oktober 2011 : Agenda Kempen Sayang Somalia (KSS) DPMZ diteruskan lagi dengan mengadakan Sukan Amal Somalia. Sebelum ini, KSS telah mengadakan majlis pelancaran pada 12 Oktober dan Jualan Makanan Warung Somalia untuk mengisi dana bagi membantu saudara seagama kita yang sedang menghadapi kebuluran yang teruk di Somalia. KSS dengan kerjasama Unit Kebudayaan, Kesenian Dan Sukan (UKKS) DPMZ telah menganjurkan sukan futsal dan sepak takraw bermula 17 Oktober lalu supaya seluruh ahli dapat memberikan sumbangan walaupun dengan cara beriadah.


           Menurut Ketua UKKS DPMZ, Saudara Mohamed Zulfiqar Mohamed Akram sukan ini dianjurkan sebagai tanda sokongan terhadap saudara-saudara kita di Somalia. "Oleh itu, UKKS DPMZ berhasrat untuk menekankan kepada seluruh ahli bahawa Islam mengajar umatnya untuk beramal kebajikan walaupun dengan cara bersukan. Sesungguhnya, amal ibadat itu sangat luas maknanya mengikut kaca mata Islam" ujarnya lagi. Tinjauan pada petang tadi mendapati ahli yang bermain futsal dan sepak takraw giat bersukan sambil beriadah. DPMZ mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh ahli DPMZ yang menyertai sukan ini. Semoga amal kebajikan anda semua yang dilakukan menjadi satu ibadat kepada Allah. Hulurkan tangan ringankan beban untuk saudara kita di Somalia.

Siapa dapat?..... Nik Amily sedang melakukan hantaran mencari rakan-rakan.

Aksi Shaolin Soccer..... gaya seorang ahli DPMZ berjersi Barcelona mirip sebuah aksi di dalam filem "Shaolin Soccer". 

Tendangan untuk Somalia.... Mat Sulong melepaskan rembatan yang tersasar dari pintu gol

Bocor lagi..... Hashif diminta untuk menjaga pintu gol dengan lebih cermat.

Semangat..... Marwan sedang melepasi halangan pemain lawan.

Bola ini Ahmad Albab yang punya..... pemain termasuk penjaga gol giat merebut bola.

0 comments:

Sahabat