Saturday, October 22, 2011

Jelajah Sayang Somalia, Usaha DPMZ Terus Menghulurkan Sumbangan Kepada Saudara Seaqidah Kita

Posted by UPP DPMZ On 12:35 AM 1 comment


ZAGAZIG, 21 Ogos 2011- Bersempena fatrah Kempen Sayang Somalia (KSS), DPMZ telah mengambil inisiatif dengan mengadakan jelajah gempur sumbangan somalia ke rumah-rumah ahli sekitar Zagazig pada malam semalam.

Kempen yang dianjurkan di bawah Unit Kebajikan Dan Kemanusiaan (Jabatan Setiausaha Agung DPMZ) terus optimis dalam meneruskan misi mengumpulkan dana khas untuk rakyat di Somalia demi mencapai hadaf iaitu menjaga dan memberi sumbangan semampu mungkin untuk saudara seaqidah kita yang di timpa ujian dari Allah S.W.T.

Jelajah bermula kira-kira jam 6.00pm dimana wakil-wakil penggempur dibahagi khas untuk kamsis-kamsis kediaman ahli DPMZ.

Di samping itu juga ahli turut disertakan dengan borang kaji selidik tentang kesedaran mereka terhadap derita yang ditanggung oleh rakyat di Somalia.

Reaksi positif yang dipamerkan oleh ahli jelas menunjukkan mereka juga cakna terhadap isu di Somalia dan bersedia menghulurkan bantuan dari segi metarial dan sebagainya.

DPMZ mengucapkan Tahniah terhadap seluruh ahli yang peka terhadap nasib yang menimpa saudara-saudara kita di seberang sana. Semoga segala pengorbanan, bantuan dan kebajikan yang kita hulurkan diikhlaskan niat kerana Allah serta mendapat rahmat darinya.
                           Penerangan......Wakil (KSS) diberi penerangan supaya misi kebajikan berjalan dengan lancar




                         Berdoa...Mohon Allah mempermudahkan urusan supaya operasi gempur bejalan dengan lancar




                       Saudara Hashif Hamzah sedang memberikan info terkini berkaitan derita yang ditanggung di Somalia

1 comments:

Assalamualaikum. Mampir juga keblog kami Ustadz. :) semoga dengan adanya silaturahim dapat memperkuat ukhuwah islamiyah sesama Persatuan Azhari dan Azzagazigi :)

Sahabat