Friday, October 21, 2011

Tahniah Ustaz Al-Hidayat Khalid Sekeluarga

Posted by UPP DPMZ On 8:26 PM No comments


ZAGAZIG 21 Oktober 2011- Pihak DPMZ mengucapkan tahniah buat Saudara Muhamad Al-Hidayat Khalid sekeluarga atas kelahiran cahaya mata sulung lewat malam semalam.

Bayi seberat 3kg itu selamat dilahirkan secara pembedahan di Hospital Haramin Qaumiah. 

Pengerusi DPMZ bersama barisan AJKT sempat meluangkan masa menziarahi keluarga saudara Al-hidayat di perkarangan Hospital dan di rumah beliau sendiri pada petang tadi.

Beliau yang juga Ketua Unit Bait Muslim cawangan Zagazig nyata teruja dan sangat gembira ketika ditemuramah  apakah perasaan beliau setelah bergelar bapa. Beliau juga bersyukur kerana semuanya berjalan dengan baik dan selamat lebih-lebih lagi ini merupakan pengalaman pertama beliau menjadi seorang bapa.

Pihak DPMZ mendoakan semoga zuriat yang dilahirkan menjadi anak yang soleh serta menjadi penyambung mata rantai perjuangan islam satu hari nanti Insya Allah.


0 comments:

Sahabat