Monday, November 7, 2011

Kemeriahan Ibadah Korban, Tautan Ukhuwah Kian Teserlah.

Posted by UPP DPMZ On 4:02 PM No comments


ZAGAZIG, 7 November 2011- Sambutan Hari Raya Aidiladha pada hari ini diteruskan lagi dengan aktiviti ibadat penyembelihan korban yang telah diadakan oleh DPMZ. Lima ekor unta, lapan ekor kambing dan seekor lembu telah berjaya dikorbankan hasil usaha ahli bergotong royng membantu ibadah korban ini berjalan dengan lancar. 


Ibadat korban merupakan suatu ibadat yang telah dilakukan sejak dahulu lagi untuk memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ismail AS kepada ayahandanya Nabi Ibrahim Khalilullah.Nabi Ibrahim telah mendapat perintah dari Allah untuk mengorbankan anaknya sambil nabi Ismail reda dengan perintah itu.Selepas itu, Allah telah menggantikan pengorbanan Baginda dengan mengurniakan seekor kibas.Peristiwa ini memberi pengajaran kepada umat Islam akan kepentingan pengorbanan di dalam perjuangan menegakkan Islam di muka bumi Allah.

Proses Penyembelihan bermula seawal jam 8.00 pagi Ahli-ahli berkumpul di Murur iaitu tempat penyembelihan dijalankan, kehadiran ramai ahli yang membatu sedikit sebanyak membantu kelicinan program ibadah korban pada tahun ini.



 Ahli-ahli DPMZ yang hadir telah bergotong-royong untuk melapah unta, memotong daging unta serta mengagihkan daging unta tersebut. Tidak kira ahli baru dan lama, masing-masing memberikan kerjasama dan saling membantu antara satu sama lain. Ini merupakan satu fenomena positif dan amat dibanggakan kerana tautan ukhuwah dikalangan ahli kian teserlah dan terus mengeratkan silaturrahim tidak kira yang lama mahupun yang baru dalam kelompok DPMZ.

Sesungguhnya, suasana indah seperti ini sudah tentu tidak akan dapat dinikmati jika para ahli tidak menjaga hubungan ukhuwwah sesama sendiri dan berada di bawah satu kesatuan mahasiswa.Kesatuan ahli DPMZ adalah suatu yang amat bernilai kerana tanpanya sudah pasti masyarakat mahasiswa Zagazig akan hidup berpecah-belah seperti pepatah Melayu mengatakan "Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing".

DPMZ menyeru seluruh ahli untuk bersatu di bawah kesatuan aqidah Islam supaya para ahli dapat menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pedoman hidup.DPMZ juga berharap seluruh ahli dapat mengimarahkan program-program yang bermanfaat seperti ini pada masa akan datang.

                                         Gotong royong melapah, diserikan lagi dengan gurau senda.

                                                      Potong Daging Bersama, indahnya berukhuwah kerana Allah

                                      Marwan lama & Marwan baru, gaya hampir serupa, potong daging bersama, 

                 Gambar pilihan Admin!! pengerusi dan mantan pengerusi, ukhuwah yang patut dicontohi seluruh ahli



0 comments:

Sahabat