Sunday, November 6, 2011

Perasmian Khalifah 1432 H, Mendalami Erti Sebenar Tadhiyah.

Posted by UPP DPMZ On 1:26 PM No comments


ZAGAZIG 5 November 2011- Majlis perasmian KHALIFAH 1432 (Korban dan Haflah Najihin) telah pun berlangsung di dewan Darul Wehdah pada malam semalam. Program di bawah Unit Dakwah Dan Pembangunan Insan DPMZ itu berlansung dengan lancar dan berjaya. 

Majlis dimulakan dengan ucapan Saudara Anas Zharif Harun selaku timbalan pengarah KHALIFAH 1432 H dan diteruskan dengan ucapan Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig, Saudara Muhammad Zainullah Muhamad pauzi, dan kemudiannya ucapan oleh Saudara Salehudin Mohd Jahar yang sekaligus merasmikan program tersebut. 

Dalam ucapan perasmian tersebut, beliau banyak menyentuh sirah-sirah Nabi terdahulu yang berkaitan dengan tadhiah ataupun pengorbanan yang dilalui oleh mereka. Beliau juga sedikit sebanyak memberi suntikan semangat buat seluruh ahli agar terus melaksanakan kerja-kerja islam sekaligus menjadikan perjuangan Nabi dan Rasul terdahulu sebagai contoh dan teladan.

Selesai gimik perasmian, majlis diteruskan lagi dengan acara Talk-Show yang dikendalikan oleh Saudara Abd Hadi Mohd Zuki dan Saudari Duratul Ain sebagai moderator.

Talkshow yang bertajuk "TADHIYAH" itu telah dikupas oleh dua orang panelis iaitu Saudara Mohd Mokhri Ibrahim daripada Kaherah dan Saudara Zulkifli Mohamad yang merupakan pengerusi Perubatan Cawangan Tanta (PCT).

Gandingan dua orang panelis ini berjaya menarik perhatian ahli supaya lebih memahami dan mengkaji makna tadhiah yang sebenar di samping mengambil peristiwa-peristiwa yang berlaku pada zaman dahulu sebagai teladan untuk di contohi selaku mahasiswa islam yang menuntut di pelembahan Nil ini.

Majlis diakhiri dengan jamuan makan dan ucapan hari raya oleh setiap wakil mahasiswa. DPMZ mendoakan agar program Khalifah 1432 pada tahun ini berlangsung dengan jayanya dan antara hadaf terpenting yang dibawa oleh DPMZ ialah menyatupadukan seluruh mahasiswa malaysia dan meningkatkan nilai ukhuwah sesama ahli. 

Semoga dengan program seperti ini, Seluruh mahasiswa dapat bersatu walau berbeza pandangan ataupun fikrah, namun matlamat yang dibawa oleh setiap individu tetap sama.

                                Acara memotong kek sebagai gimik peramian program KHALIFAH 1432H

                                            Talkshow Tadhiyah disampaikan oleh 2 orang tokoh mahasiswa di mesir
                          Saudara Nasuha sebagai wakil pengerusi DPMZ menyapaikan cenderahati kepada pengisi

                                                              Jamuan makan setelah selesai program talkshow
                                                         Antara tetamu yang turut menceriakan suasana program



0 comments:

Sahabat