Sunday, January 29, 2012

ZAGAZIG WINTER GATHERING 2012, OBJEKTIF BIAH SOLEHAH MENAMPAKKAN HASIL

Posted by UPP DPMZ On 4:11 PM No comments


ZAGAZIG, 28 JANUARY 2012- Unit Biah Solehah di bawah pantauan Unit Dakwah dan Pembangunan Insan DPMZ telah menganjurkan satu program forum santai iaitu ZAGAZIG WINTER GATHERING 2012. Majlis yang bertemakan "Mencari Mutiara Nil" itu bermula sekitar jam 6.30 pm dan berakhir kira-kira jam 10.00 pm.


Sesuai dengan pembawakan Unit Biah Solehah pada bulan ini iaitu "Pembentukan Fikrah & Syaksiah", DPMZ menjemput dua orang panelis yang tidak asing lagi di bumi mesir ini iaitu Ustaz Zuhaili saiman yang merupakan Presiden PMRAM dan isterinya iaitu Ustazah Izzati Farhana Mahadzir yang merupakan penasihat Hewi PMRAM. Turut terlibat saudara Alif Ahmad Maher sebagai moderator lebih menceriakan suasana diawal hingga ke akhir majlis.

Turut serta dalam majlis tersebut ialah Badan Pengurus PMRAM, Saudara Zulhafeez Zahidi dan bakal BP PMRAM sesi akan datang iaitu Saudara Ahmad.

Kehadiran ahli yang berpusu-pusu ke dewan untuk mendengar forum dari gandingan yang mantap ini membuktikan pembawakan yang dibawa oleh DPMZ semakin mendapat tempat di hati ahli-ahli dan keberkesanannya kian membanggakan.

Pada awal majlis, panelis pertama iaitu Saudara Muhammad Zuhaili Saiman telah mengupas dengan begitu menarik erti sebenar fikrah dan syaksiah, dan seterusnya forum tersebut lebih menjurus kepada kepentingan institusi Bait Muslim sebagai wadah untuk melahirkan jati diri yang sejati.

Ahli-ahli juga diberikan peluang untuk melontarkan soalan kepada kedua-dua panelis tentang permasalahan yang berkaitan dengan pembentukan bait muslim. Peluang tersebut digunakan sebaik mungkin oleh ahli untuk menjawab segala kemusykilan mereka berkaitan kepentingan melonjakkan diri dari fardhu muslim kepada  peringkat yang lebih tinggi iaitu baitul muslim.

DPMZ mengucapkan tahniah kepada Unit Biah Solehah kerana berjaya membawa satu objektif yang bijak bagi menarik minat ahli dalam memastikan suasana yang islamik terus dipertahankan di Zagazig ini. Semoga dengan pembawakan yang dilaksanakan pada masa akan datang akan terus didokong oleh seluruh ahli dan mencapai matlamat dengan jayanya.








0 comments:

Sahabat