Sunday, February 12, 2012

SUKEZ '12 MESKIPUN MELABUHKAN TIRAI, AGENDA TETAP DITERUSKAN.

Posted by UPP DPMZ On 1:42 AM No comments


ZAGAZIG, 11 Februari 2012- SUKEZ '12 telah melabuhkan tirai setelah berlansung sejak 8 februari lalu. Program berkonsepkan sukan keluarga itu telah berakhir dengan jayanya pada pagi tadi bertempat di Nadi Riadhi zagazig meskipun pada awalnya dirancang akan berlangsung di Stadium Syarqiah, akan tetapi atas masalah teknikal, lokasi program terpaksa ditukar di kawasan berhampiran. Walaubagaimanapun program tersebut bejalan dengan baik dan lancar.

Apa yang menarik pada Sukez kali ini ialah jemputan taakhi dari Keluarga Pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM)  untuk turut sama mengambil bahagian dalam acara yang dipertandingkan.

Beberapa acara telah dipertandingkan oleh pihak penganjur,  antaranya ialah isi air dalam botol, bawa bola pingpong mengguankan sudu, dan belon berair. Selain itu acara padang juga turut berlangsung iaitu bolasepak 7 sebelah. 

Pasukan dari tuan rumah (Zagazig) terdiri dari rumah merah, hijau, biru dan kuning. Manakala dari BKAN Perak pula, mereka telanh menghantar 2 pasukan iaitu Skuad Perak A dan Skuad Perak B untuk bersama-sama bersaing bagi merebut gelaran juara bolasepak Sukez '12.

Johan keseluruhan Sukez '12 pada tahun ini telah dirangkul oleh kontinjen dari rumah hijau, manakala tempat kedua telah disandang oleh rumah biru diikuti dengan rumah kuning ditempat ketiga dan rumah merah mendapat tempat keempat.

Bagi acara padang pula, kehadiran wakil dari taakhi BKAN Perak tidak sia-sia kerana telah berjaya mengungguli johan perlawanan bolesepak 7 sebelah iaitu dari pasukan Skuad Perak A. Manakala wakil tuan rumah merangkul gelaran naib johan iaitu dari rumah hijau dan tempat ketiga disandang oleh Skuad Perak B.

Dalam pada itu, gelaran peserta terbaik sepanjang Sukez '12 ini berlansung telah disandang oleh Saudara Marwan Zulkifly, mahasiswa tahun 1 perubatan dari rumah biru. Beliau dipilih sebagai peserta terbaik disebabkan komitmen yang beliau berikan kepada rumah pasukan yang beliau wakili dan juga komitmen sepanjang program ini berlansung sejak hari pertama lagi.

Tahniah DPMZ ucapkan kepada semua peserta yang begitu besungguh-sungguh memastikan program Sukez '12 pada kali ini berjalan dengan lancar dan berusaha membawa rumah sukan masing-masing untuk merangkul kemenangan meskipun kurang bernasib baik.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada BKAN Perak selaku taakhi bagi DPMZ kerana bersama-sama menyokong sekaligus membantu dan menghantar wakil bagi bersama-sama menjayakan program sukan keluarga tahunan yang DPMZ anjurkan ini.

Semoga semangat berpasukan dan berukhuwah tidak berakhir di sini sahaja. Bersukan merupakan satu wadah dan pendekatan yang DPMZ ingin bawa bagi merealisasikan kelangsungan silaturrahim sesama ahli dan pimpinan terus dipupuk dan dijadikan batu asas untuk DPMZ terus membawa misi dan visi yang direncanakan selama ini.








0 comments:

Sahabat