Saturday, February 11, 2012

SYRIA TERUS BERMANDI DARAH.

Posted by UPP DPMZ On 1:48 AM No comments



Isu kemanusiaan yang berlaku di Syria akibat kekejaman dan keganasan rejim Basyar Al-Asad terhadap seluruh rakyat Syria yang berlaku sejak beberapa bulan lalu telah menjadi isu antarabangsa utama pada waktu ini.

Isu ini menjadi semakin tegang dan bertambah buruk akibat daripada kedegilan regim Basyar Al-Asad untuk akur terhadap kebangkitan seluruh rakyat Syria yang ingin beliau turun daripada takhta pemerintahan sebagaimana yang telah berlaku kepada beberapa regim pemerintahan negara-negara Timur tengah yang turut mengalami revolusi kebangkitan rakyat seperti Tunisia, Mesir dan Libya.

Menurut media-media antarabangsa, isu yang sedang berlaku di Syria adalah isu yang sangat besar dan menjadi isu serangan berdarah yang paling parah melibatkan rakyat dalam seluruh revolusi yang berlaku setelah hampir 11 bulan demonstrasi meletus di negara tersebut melibatkan angka kematian melebihi daripada 6000 orang dan berterusan sehingga ke hari ini.

Dalam pada itu, seluruh masyarakat dunia pada hari ini telah menyatakan sokongan bersama-sama revolusi kebangkitan rakyat Syria.Bahkan lebih daripada 40 ribu tentera Syria turut berpaling tadah daripada regim Basyar Al-Asad di samping kumpulan Para Ulama' di Syria dan seluruh dunia yang menyatakan kebersamaan dalam isu yang besar ini.

Seramai 107 orang Ulama' dunia temasuk Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, Syeikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi bersetuju dengan satu kenyataan yang menyeru seluruh rakyat untuk mendokong perjuangan rakyat Syria untuk bebas daripada regim Al-Asad, bergabung dengan tentera Syria yang berpaling tadah daripada regim Al-Asad,serta menyeru negara-negara Arab  dan Islam untuk bertindak dalam isu ini.

Atas nada kebersamaan dalam isu antarabangsa ini, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) menyeru seluruh mahasiswa dan mahasiswi untuk sama-sama mendoakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Syria serta mendoakan mereka agar diberi kekuatan untuk menghadapi kezaliman regim Basyar Al-Asad dan melakukan solat hajat khusus untuk isu yang berlaku terhadap rakyat Syria pada ketika ini.

"PMRAM mengharapkan agar seluruh mahasiswa dan mahasisiwi melakukan solat hajat secara berterusan dan mendoakan kesejahteraan rakyat Syria.Buat permulaan, solat hajat akan dilakukan di seluruh cawangan BKAN dan DPM bermula esok.

Kepada Allah SWT kita berdoa dan memohon agar saudara seaqidah kitadiberikan kemenangan dan kebebasan hak-hak merek sebagaimana rakyat yang lain", ujar saudara Syeikh Muhd Mujahid bin Sikh Nawawi, Naib Presiden III, merangkap Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM 2011 ketika dihubungi. 

Sumber : (PMRAM)

0 comments:

Sahabat