Sunday, March 18, 2012

HARI KE-2 K'19, RESPON AHLI SANGAT MENGGALAKKAN.

Posted by UPP DPMZ On 3:03 AM No comments



ZAGAZIG, 17 MARCH 2012- Hari ke 2 Karnival 19 tahun DPMZ berlangsung lebih meriah dari yang sebelumnya. Sambutan dari ahli yang sangat menggalakkan menggambarkan hadaf utama program ini hampir tercapai.

Sesi pagi bermula dengan sukan tradisional di peringkat ikhwah dan akhwat. Pelbagai acara yang dipertandingkan berjaya menarik minat ahli untuk turun padang bersama-sama menjayakan program tersebut.

Antara acara yang dipertandingkan diperingkat ikhwah ialah galah panjang, sepak raga, bola beracun, tuju selipar dan acara tarik tali. Manakala acara diperingkat akhwat pula antaranya ialah, ting-ting, zero-point dan nenek-nenek.

Walaubagaimanapun lokasi sukan tradisional berbeza iaitu ikhwah di Istad Syarqiah manakala akhwat pula di Istad gamaah.

Disebelah malam pula majlis Seminar Ilmuan Islam terus berlansung seperti hari sebelumnya. Ustaz Akli Mat Saman Abdullah Al-Azhari telah dijemput untuk membentangkan satu kertas kerja yang bertajuk Pembedahan Menurut Islam.

Beliau  merupakan Pensyarah Kuliah Syariah, Kolej Universiti Insaniah Kedah dan merupakan graduan master Universiti Al-Azhar Kaherah tahun 2006 dan kini sedang menulis Thesis Phd dalam bidang Syariah Islamiah di Universiti yang sama.

Pembentangan yang mantap dari beliau berjaya memukau seluruh hadirin yang hadir dan menarik minat ahli untuk mendalami ilmu perubatan selari dengan konsep islam yang telah digariskan. 

Kehadiran ahli yang lebih ramai dari hari sebelumnya jelas menunjukkan program-program ilmiah tidak dikesampingkan walaupun masih kepenatan bersukan pada pagi sebelumnya. 







0 comments:

Sahabat