Sunday, March 11, 2012

KENYATAAN RASMI DPMZ BERKAITAN ISU PENARIKAN ZAKAT MAHASISWA TERENGGANU.

Posted by UPP DPMZ On 8:14 PM No comments



Melihat kepada tindakan Yayasan Terengganu yang telah menamatkan pinjaman terhadap 9 orang mahasiswa Keluarga Penuntut Terengganu adalah sama sekali tidak wajar. 

Pihak Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig (DPMZ) mewakili seluruh mahasiswa/wi di bumi Zagazig melahirkan rasa kesal terhadap perkara yang berlaku. Bahkan tindakan yang dikenakan menunjukkan seolah-olah akta AUKU ingin diwujudkan di bumi mesir ini secara tidak langsung.

Pihak DPMZ menganggap tindakan yang telah dikenakan akan merencatkan lagi sesi pembelajaran terhadap mahasiswa tersebut terutamanya dalam isu pembayaran yuran yang memerlukan kos pembayaran yang tinggi khususnya mahasiswa perubatan.

Tindakan yang telah diambil oleh pihak Yayasan Terengganu seolah-olah menunjukkan ada tangan-tangan yang cuba campurtangan terhadap isu penarikan pinjaman ini.

Justeru , alasan yang diberikan sama sekali tidak relevan berikutan penarikan terhadap pinjaman yang diberikan dan ini akan menimbulkan lebih banyak persoalan daripada kalangan masyarakat terhadap isu tersebut. 

Oleh hal yang demikian , pihak DPMZ akan bersama-sama dengan PMRAM dan seluruh PMRAM cawangan terhadap isu penarikan pinjaman terhadap mahasiswa Terengganu ini kerana isu mahasiswa adalah isu kita bersama.

0 comments:

Sahabat