Wednesday, March 14, 2012

Nantikan Karnival Perayaan 19 Tahun DPMZ (K19)

Posted by UPP DPMZ On 1:49 AM No comments



DPMZ akan mengadakan Karnival Perayaan 19 Tahun DPMZ (K19 DPMZ) bermula 15-21 Mac 2012 dengan bertemakan "Mengimbau sejarah keagungan". Pelbagai acara menarik bakal disediakan buat seluruh warga Zagazig pada K19. Antaranya ialah Seminar Ilmuan Islam, Hari Kebudayaan, Malam Kesenian Islam dan Majlis Walimatul Urus (MAWAR) pada hari terakhir program untuk meraikan pasangan pengantin baru.

Berikut adalah tentatif program :


Khamis, 15 Mac 2012

6.30 malam : Majlis Perasmian K19
7.15-9.30 malam : Seminar Ilmuan Islam : "Perbandingan Agama"
Pengisi : Us Muhammad Mujahid Mohd Fadzil (Master Fakulti Aqidah & Falsafah Universiti Al-Azhar)
Tempat : Imarah Baba Yasser, Salam.

Sabtu, 17 Mac 2012

6.30pg-12tgh : Hari Kebudayaan
Tempat : Nadi Syabab (Mahasiswa), Stadium Universiti Zagazig (Mahasiswi)
            
6.45-8.45 malam : Seminar Ilmuan Islam : "Pemindahan Organ & Adabnya"
Pengisi : Us Aqli Ahmad (PhD Syariah, Universiti Al-Azhar)
Tempat : Imarah Baba Yasser, Salam.

Ahad, 18 Mac 2012

3.00-5.30ptg : Pameran (Mahasiswa), Dewan Darul Wehdah
6.45-8.45 malam : Seminar Ilmuan Islam : "Faedah Bank & Riba"
Pengisi : Us Abdul Rahman Mohd Tharin (Master Syariah, Darul Ulum, Universiti Kaherah)
Tempat : Imarah Baba Yasser, Salam.

Isnin, 19 Mac 2012

3.00-5.30ptg : Pameran (Mahasiswa), Dewan Darul Wehdah
6.30-10.30mlm : Malam Kesenian Islam (Mahasiswa)
Tempat : Dewan Darul Wehdah

Selasa, 20 Mac 2012
 
3.00-5.30ptg : Pameran K19 (Mahasiswi), Rumah Dr Azlizan, Imarah Baba Yasser
6.30-10.30mlm : Malam Kesenian Islam (Mahasiswa)
Tempat : Dewan Darul Wehdah

Rabu, 21 Mac 2012

3.00-5.30ptg : Pameran (Mahasiswi), Rumah Dr Azlizan, Imarah Baba Yasser
6.45-10.00mlm : Majlis Penutupan K19
                           Majlis Walimatul Urus (MAWAR)
                           Jamuan makanan
Tempat : Dewan Nadi Zuhur, Murur (berdekatan jambatan dan patung Firaun Ramsis)
Pakaian : Baju Melayu (Mahasiswa), Baju Kurung (Mahasiswi)

*Penyertaan Seminar Ilmuan Islam terbuka. Kertas kerja dijual pada hari program berlangsung.

Keterangan lanjut K19 sila layari Facebook rasmi Karnival Perayaan 19 Tahun DPMZ

0 comments:

Sahabat