Friday, March 16, 2012

MUKTAMAR SANAWI PMRAM KE-79, 3 USUL MENJADI PEMBAWAKAN SESI INI.

Posted by UPP DPMZ On 8:08 AM No comments


ZAGAZIG, 16 MARCH 2012- Seramai 23 perwakilan yang mewakili pihak DPMZ telah dihantar bagi menyertai Muktamar Sanawi PMRAM kali ke- 79 dan Hewi PMRAM kali ke-25 bertempat di dewan Nadi Riadi, Hayyu Sadis Kaherah.

Seperti tahu-tahun sebelumnya, Muktamar pada kali ini berlansung dengan jayanya, seramai 600 orang perwakilan dari seluruh pelusuk BKAN dan DPM berkumpul bagi mencapai kata sepakat untuk meneruskan survival PMRAM pada sesi akan datang.

Majlis yang penuh gilang gemilang itu bermula sekitar jam 8 pagi dan tamat sekitar jam 11 malam. Pentadbiran PMRAM sesi 2012 telah berjaya membawa 3 usul yang disepakati dalam Muktamar Sanawi PMRAM kali ke-79 iaitu :

1. Mengembalikan Hak PMRAM di ARMA
2. Memperkasakan hubungan baik antara mahasiwa Pengajian Islam dan Sains Kesihatan
3. Bersama menjayakan slogan " KITA PMRAM " dengan tindakan :
- Mempertahankan hak mahasiswa Islam 
- Memperkasakan kesatuan di seluruh cawangan.

Salah satu daripada usul tersebut telah dibahaskan sendiri oleh Presiden PMRAM sesi 2012 iaitu saudara Abdul Aziz Ali dan diterima sebagai salah satu pembawakan PMRAM untuk sesi ini.

Struktur organisasi PMRAM juga telah bertukar pada malam tersebut yang mana 10 orang badan pengurus  baru telah dilantik manakala 5 orang badan pengurus sebelum ini dikekalkan. Untuk jawatan Presiden, Saudara Abdul Aziz Ali diamanahkan sebagai pengemudi PMRAM bagi sesi ini.  Beliau juga telah membawa satu tema baru PMRAM ini iaitu, " MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN ."

Sebelum majlis pada malam itu ditangguhkan, Mantan Presiden PMRAM sudara Zuhaili Saiman berkesempatan untuk mengumumkan DPM dan BKAN terbaik untuk sesi 2011 serta perwakilan tebaik pada muktamar tersebut.

Bagi DPM terbaik, PMRAM telah memilih DPM MAQAZ sebagai Dewan Perwakilan Mahasiswa Terbaik dan BKAN Selangor pula  mengungguli Badan Kebajikan Anak Negeri terbaik bagi sesi lepas, manakala di peringkat HEWI PMRAM, Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig telah dipilih sebagai DPM terbaik bagi sesi lepas.

Untuk perwakilan terbaik pula, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) telah dipilih di peringkat PMRAM sebagai perwakilan terbaik, Manakala di peringkat HEWI PMRAM, DPMZ sekali lagi dipilih sebagai perwakilan terbaik Muktamar Sanawi PMRAM untuk sesi ini.

Dikesempatan ini, pihak DPMZ mengucapkan Tahniah dan takziah kepada seluruh pimpinan PMRAM dan HEWI bagi sesi 2012 yang diketuai oleh saudara Abdul Aziz Ali. Semoga amanah yang disandarkan dapat dijalankan sebaik mungkin dan membawa PMRAM di peringkat yang lebih tinggi demi memastikan survival kebajikan anak-anak melayu di perlembahan nil ini dapat diteruskan dan dibaik pulih dari masa ke semasa.

0 comments:

Sahabat