Friday, June 29, 2012

WACANA PERDANA BUKTI MAHASISWA SENTIASA MENDEPANI ISU UMAT ISLAM.

Posted by UPP DPMZ On 10:17 PM No comments


ZAGAZIG, 28 JUN 2012- Berikutan suasana semasa politik mesir yang menjadi buah mulut serta isu yang sedang hangat diperbincangakan di arus perdana, Unit Penerangan & Penerbitan DPMZ mengambil inisiatif positif dengan menganjurkanWacana Perdana Isu Semasa yang bertajuk " Politik Mesir & Masa Depan Umat Islam.

Pihak penganjur telah menjemput dua panelis yang sangat popular di kalangan mahasiswa mesir. Kedua-dua panelis juga diberi jolokan sebagai Al-Jazeera versi melayu kerana sentiasa peka terhadap sebarang isu berkaitan politik, kemasyarakatan dan juga isu mahasiswa. Panelis yang di maksudkan ialah Ustaz Abd Malik Abd Karim serta Ustaz Ahmad Ulwan Hassim serta moderator yang merupakah tuan rumah bagi penganjur sendiri iaitu Saudara Shobri Mat Yaakub.

Kehadiran kedua-dua panelis tersebut memberi impak yang besar serta berjaya menarik perhatian ahli untuk turut serta mengikuti perjalanan isu semasa mesir dan hal-hal berkaitan umat islam seluruh dunia. Tidak ketinggalan juga mahasiswa dari mansoura yang turut berminat menyertai majlis yang membincangkan isu-isu yang sedang hebat diperkatakan ketika ini.

Berikutan sambutan hangat daripada ahli yang berminat untuk mengikuti perkembangan isu semasa, DPMZ dapat menilai bahawa ahli semakin matang dan sentiasa mengikuti perkembangan isu-isu dunia seiring dengan hadaf yang dibawa dalam majlis tersebut iaitu, memberi kesedaran kepada ahli supaya sentiasa cakna dengan keadaaan sekeliling terutama sekali bila bergelar sebagai mahasiswa dan juga membina generasi yang peka dan berani menyuarakan pendapat berdasarkan fenomena yang bermain di sekeliling mereka.

Pihak DPMZ sentiasa berusaha memberikan wadah yang terbaik untuk ahli-ahli menggarap dan mencengkam lumat perkara yang boleh meningkatkan thaqafah dan input-input berkualiti untuk dijadikan panduan kepada ahli.








                                                 


0 comments:

Sahabat