Tuesday, March 5, 2013

Yassin, Tahlil dan Solat Hajat sempena Lahad Datu, Sabah

Posted by UPP DPMZ On 3:43 PM No comments

Zagazig, 3 Mac -  Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil telah dilangsungkan oleh Unit Kebajikan dan Kemanusiaan, Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig bersempena kembalinya ayahanda salah seorang mahasiswi dari Universiti Zagazig, Mesir ke Rahmatullah. Arwah, Ibrahim bin Lebar adalah ayah kepada Saudari Amira Shahira Binti Ibrahim yang merupakan salah seorang penuntut Tahun Pertama di Fakulti Perubatan, di sini. Manakala Allahyarham pula adalah salah seorang daripada Pegawai Keselamatan yang bertugas di Lahad Datu, Sabah.



Majlis telah bermula pada 5.50 petang, dengan Solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Saudara Anas Zharif Bin Harun. Kemudian Majlis diteruskan dengan bacaan Yassin, Tahlil dan Tazkirah oleh Saudara Mohd Shobri Bin Mohd Yaakob. Saudara Mohd Shobri mengingatkan tentang kematian yang sebenarnya adalah peringatan bagi yang hidup dan menceritakan secara ringkas tentang Tragedi Lahad Datu, Sabah.

Majlis diteruskan dengan Solat Isya berjemaah, Qunut Nazilah dan Solat Hajat untuk keselamatan Sabah, Malaysia, Rakyat Malaysia di Bumi Zagazig, dan mendoakan kemenangan untuk Umat Islam amnya. Anggaran Hadirin yang hadir sekitar 50 orang Ikhwah dan majlis berakhir jam 8.00 malam.

(ISTERI kepada, Allahyarham Supt Ibrahim Lebar, Rosiah Dahlan (kanan), menenagkan anaknya Amira Shahira, 20, yang baru tiba dari Mesir tidak dapat menahan kesedihan dengan berita kematian ayahnya yang terbunuh di Semporna, Sabah selepas bertempur dengan penceroboh "askar" Sulu Filipina dan mereka sedang menunggu jenazah tiba di kediaman mereka di Subang Jaya)

0 comments:

Sahabat