Friday, June 28, 2013

Makluman Keselamatan : Persediaan Menghadapi Tamarrud

Posted by UPP DPMZ On 9:41 PM No comments



Sebagaimana yang sedia maklum bahawa pada sekarang ini berlaku kekacauan di bandar-bandar utama seluruh Mesir termasuk di Zagazig disebabkan oleh satu kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai “Tamarrud”. Kumpulan ini secara terbuka mengumumkan untuk menggulingkan Presiden Mesir yang sah iaitu Dr Muhammad Mursi yang akan bermula secara besar-besaran 30 jun ini. Sehubungan itu, pihak DPMZ menyeru kepada seluruh mahasiswa/wi di Zagazig untuk menjaga keselamatan diri masing-masing. 

Sebagai langkah persediaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan, pihak DPMZ telah membuka bilik gerakan yang akan beroperasi 24 jam bermula hari ini iaitu 28 julai 2013. Sebarang maklumat terkini berkenaan keadaan terkini di Zagazig bolehlah disalurkan terus kepada bilik gerakan yang beroperasi di Zagazig Malaysian Students Hall. 

Berikut adalah langkah-langkah keselamatan awal yang perlu dipatuhi oleh semua warga Zagazig :
  • Tidak menghampiri kawasan-kawasan yang dikhuatiri berlaku perhimpunan dalam tempoh tersebut.
  • Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan mengurangkan aktiviti luar terutama pada waktu malam.
  • Dinasihatkan kepada mereka yang akan pulang ke Malaysia dalam waktu terdekat supaya merujuk terlebih dahulu Pengerusi  DPMZ untuk mengetahui keadaan semasa.
  • Mematuhi makluman dan pekeliling keselamatan yang akan dikeluarkan oleh DPMZ dari masa ke semasa dan pekeliling keselamatan daripada Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK).
  • Sekiranya berlaku sebarang masalah hendaklah melaporkan terus kepada Pengerusi DPMZ di talian 01149999655.
DPMZ mengharapkan agar semua mahasiswa/wi di Zagazig sentiasa peka dengan situasi yang berlaku dan mengikuti perkembangan terkini dari masa ke semasa. Bersama kita doakan supaya keadaan di Mesir kembali seperti sediakala.

Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan”
 
Mohd Shobri Bin Mat Yaakub,
Pengerusi
Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig
Sesi 2012/2013

0 comments:

Sahabat