Sunday, June 30, 2013

Solat Hajat Perdana untuk Mesir

Posted by UPP DPMZ On 4:04 PM No comments




Sabtu, 29 Jun 2013 - PMRAM Cawangan Zagazig telah mengadakan solat hajat perdana bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan Mesir. Program tersebut bermula dengan solat maghrib berjemaah bertempat di  Zagazig Malaysian Students Hall. Kemudian, bacaan yassin dan juga tahlil turut diadakan bagi mendoakan arwah bapa seorang mahasiswa pengajian Islam yang telah pergi ke rahmatullah iaitu saudara Muhammad Zul Azri bin Zainal. Bacaan tersebut diimami olehnya dan seterusnya beliau mengimami solat jenazah ghaib untuk arwah bapanya.

Agenda utama diteruskan lagi dengan solat Isyak berjemaah beserta qunut nazilah bagi mendoakan keselamatan Mesir dan menghancurkan kebatilan yang cuba menjatuhkan pemerintahan Presiden Mesir, Dr Muhammad Mursi. Selepas itu, solat hajat dilakukan dengan diniatkan agar Allah memelihara umat Islam dan menjatuhkan perancangan yang akan dilakukan pada 30 Jun nanti iaitu perhimpunan rakyat besar-besaran Tamarrud.


Seterusnya, penerangan isu semasa dibentangkan saudara Muhammad Zuhaili bin Zanal Ali bagi menerangkan pertembungan yang bakal berlaku dan menceritakan permasalahan sebenar yang berlaku di Mesir agar warga Malaysia di Zagazig tidak keliru serta jelas di antara pihak yang hak dan batil. Penerangan tersebut turut menyentuh perbezaan pentadbiran diantara Dr Muhammad Mursi dengan Husni Mubarak yang mana pentadbiran Dr Muhammad Mursi lebih cenderung pada Islam berbanding Husni Mubarak.


Diakhiri dengan taklimat keselamatan oleh saudara Anas Zharif bin Harun, Timbalan Pengerusi DPMZ sesi 2012/2013 agar berhati-hati ketika berada di luar penempatan mahasiswa/wi Malaysia dan menyebarkan berita-berita pelik kepada waris di Malaysia. Selain itu, menerangkan kawasan-kawasan larangan (hot spot untuk perarakan perhimpunnan tamarrud) agar tidak menghampirinya dan tidak menyertai perhimpunan tamarrud tersebut.



Pihak DPMZ berharap supaya warga Malysia di Zagazig jangan panik apa yang berlaku pada perhimpunan tamarrud pada esok hari (30 Jun 2013) dan segala permasalahan perlu rujuk kepada Pengerusi DPMZ sesi ini, saudara Mohd Shobri bin Mat Yaakub ditalian +201149999655 dan juga kepada saudara Presiden PMRAM 2013, saudara Abdul Aziz bin Ali ditalian +201113771841.

::Tidak Kepada Keganasan::

“Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan”

0 comments:

Sahabat