Pemergiannya sangat dirasai oleh seluruh
umat seisi dunia sehingga hampir sahabat karibnya tidak dapat mempercayai
perkara itu. Dan hampir-hampir ada yang ingin memancung leher sesiapa yang
menyatakan bahawa sahabatnya itu telah tiada.
Setelah kewafatan Nabi Muhammad SAW, Abu
Bakar bertanya orang yang rapat dengan baginda, "Apakah lagi amalan
yang baginda lakukan tetapi masih belum aku lakukan?"
Pada setiap hari Nabi Muhammad SAW akan
pergi ke pasar untuk menyuap makanan pada seorang Yahudi yang buta. Maka, Abu
Bakar pun melakukannya. Setelah suapan pertama diberikan, orang Yahudi itu
meludah makanan itu seraya berkata, "Kamu bukan orang yang selalu
datang kepadaku. Suapanmu kasar, tetapi suapannya lembut, perlahan dan mudah
dikunyah."
Abu Bakar terkejut dan menangis lalu
menyatakan bahawa orang itu adalah Nabi Muhammad SAW yang engkau caci dan cerca
setiap hari dan baginda telah wafat. Dan akhirnya, orang Yahudi itu memeluk
Islam.
Begitulah akhlak yang ditunjukkan oleh
Rasulullah SAW. Dengan akhlaknya sahaja, sudah cukup untuk membuatkan orang
tertarik pada dirinya.
Keunggulan Rasulullah SAW bersifat
sempurna dan menyeluruh. Lidahnya menuturkan ajaran al-Quran, peribadinya
menterjemahkan dengan tindakan.
Imam al-Ghazali menyatakan : “Akhlak
ialah suatu sifat yang tertanam dalam jiwa yang daripadanya timbul
perbuatan-perbuatan yang mudah tanpa memerlukan pertimbangan terlebih dahulu.”
Akhlak ialah kebaikan yang datang
daripada hati, bukan untuk ‘ambil hati’. Yang sukar terasa mudah apabila amalan
itu telah sebati dan serasi dalam diri. Sebagai contoh, apabila kita melihat
orang yang berada dalam kesusahan dan meminta bantuan daripada kita. Kemudian,
kita berfikir dan membuat pertimbangan sama ada ingin membantunya atau tidak.
Itu bukan dinamakan berakhlak.
Inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah
SAW dalam sabdanya yang bermaksud : “Dan seseorang lelaki yang bersedekah
lalu ia menyembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang
diinfakkan oleh tangan kanannya.”
(Riwayat al-Bukhari)
Contohilah kisah sahabat, Abdul Rahman
bin Auf yang sanggup mengorbankan hartanya demi Islam tercinta. Apa yang kita
miliki, bukan hak kita sepenuhnya. Yakin dan percayalah, Allah itu Maha Adil
dan luas rezekiNya.
Janganlah kita menjadi seorang yang
bakhil, yang mana kita tidak sanggup untuk memberi sedikit harta yang
dikurniakan oleh Illahi, walau hanya sedikit cuma. Mari tingkatkan amal di
bulan barakah ini untuk mendidik hati dan jiwa dalam menuju madrasah Ramadhan.
اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ
وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ
“Ya Allah, berkatilah kami dalam Rejab dan Sya’aban dan
sampaikanlah kami kepada Ramadhan.”
Amin..
Sumber: hewi.pmram
0 comments:
Post a Comment