Tuesday, November 18, 2008

MANHAL PMRAM Mencetus Pemikiran Mahasiswa Berkualiti

Posted by UPP DPMZ On 2:27 PM No comments


Pada hari Isnin, 10 November 2008 Ahli-ahli Jawatankuasa Pengurusan Markaz Pengumpulan Kajian Dan Hasilan Penyelidikan PMRAM (MANHAL) telah mengadakan jelajah atau roadshow ke Dewan Dar Salam. Jelajah ini bertujuan unyuk menerangkan kepada para ahli DPMZ mengenai peranan MANHAL dan melancarkan MANHAL Cawangan di Zagazig. Majlis bermula pada jam 8.30malam dengan ucapan alu-aluan Timbalan Pengarah Manhal Ke-2 iaitu Ustazah Fatimah Salwani. Di dalam ucapannya, beliau menekankan akan kepentingan pengkajian ilmiah dijadikan budaya bagi seluruh mahasiswa Mesir serta kepentingan hasil kajian ilmiah para mahasiswa Mesir untuk dijadikan untuk kegunaan umat Islam bagi menghadapi kehidupan seharian yang penuh dengan kekeliruan dan kecelaruan terutamanya di dalam bidang agama.

Selepas itu, Ketua Unit Pengetahuan Dan Penyelidikan BP PMRAM, Ustaz Azrul Ismail menjadi pengisi bagi sesi Diskusi Kitab iaitu kitab Ila Warathatul Anbiya` yang dikarang oleh Syeikh Abdullah Nasih Ulwan.Di dalam pengisiannya, beliau menekankan akan kewajipan menjaga kepentingan umat Islam dari ancaman serangan kuffar serta menjaga kesatuan Islam bagi menghadapinya.Majlis diteruskan lagi dengan sesi dialog bersama kepimpinan MANHAL. Pengarah MANHAL, Ustaz Juzaili Juhan serta barisan kepimpinan yang lain menerangkan tujuan penubuhan MANHAL serta peranannya sebagai pencetus revolusi minda mahasiswa Mesir mengikut acuan Azhar. Selepas itu, Ketua Unit Pengetahuan Dan Penyelidikan HEWI PMRAM merasmikan pelancaran MANHAL Cawangan Zagazig. Dengan majlis pelancaran ini, insyaallah MANHAL Zagazig akan cuba melaksanakan program-program yang dapat memberi manfaat kepada seluruh mahasiswa Mesir.

0 comments:

Sahabat