Monday, December 29, 2008

DPMZ (Malaysia) dan DPD PPMI (Indonesia) Mengorak Langkah

Posted by UPP DPMZ On 12:14 AM No comments


25 Disember, Dewan Cendana(Maqar Indonesia)- Liqa’ khas antara pimpinan DPMZ dan DPD PPMI Indonesia yang menjadi agenda tahunan dua persatuan ini diadakan bagi sama-sama membincangkan dan mencari kesepakatan tentang situasi terkini terutamanya di bumi Zagazig ini. Liqa’ ini dihadiri oleh Ketua DPD PPMI Indonesia di Zagazig, Ust Adi Sucipto beserta exco Indonesia dan DPMZ diwakili oleh Penasihat 1, Ust Mumtaz Harun dan Pengerusi DPMZ, Ust Mohd Faizzudin Ghazali beserta beberapa AJKT lain yang turut sama hadir.

Beberapa isu telah dibangkitkan dalam perjumpaan ini, antaranya interaksi antara mahasiswa Indonesia-Malaysia, situasi pelajar perubatan yang semakin membanjiri bumi Zagazig ini, dan kerjasama tahunan antara DPD dan DPMZ serta beberapa hal-hal lain yang telah dibangkitkan.

Setelah dibincang dan diperbahaskan, maka kedua-dua persatuan ini telah mencapai kata sepakat akan mengeluarkan qarar khas terkini untuk semua ahli di Zagazig ini. Antara isi penting di dalam qarar ini adalah dari sudut interaksi antara mahasiswa Indonesia dan Malaysia :

  • Setiap mahasiswa/si perlulah menegur sapa antara satu sama lain dan menyebarkan salam di samping melebarkan senyuman antara kedua-dua negara.
  • Siswa siswi perlulah menghindari dan mencegah dari berlakunya ikhtilat yang tidak syar’ie antara ikhwah dan akhawat di samping menunjukkan akhlak dan peribadi yang baik antara satu sama lain.
  • Mahasiswa dilarang keras merokok di luar terutamanya di hadapan arab bagi menjaga kepercayaan bangsa arab terhadap kita.
  • Kekemasan dan kesopanan diri mahasiswa/si perlulah diutamakan bagi mencerminkan peribadi seorang muslim dan muslimah.
  • Siswa siswi dinasihatkan supaya tidak memperlihatkan barangan mewah atau berharga di khalayak ramai bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.
  • Dan yang paling penting, semua pihak dari DPD Indonesia mahupun DPMZ Malaysia berhak menegur mahasiswa/wi yang dilihat melakukan perkara-perkara yang dilarang atau yang tidak baik.

Antara isu lain yang dibincangkan adalah isu harga rumah yang semakin meningkat tinggi sekarang ini. Kedua dua persatuan bersepakat untuk menetapkan harga maksimum bagi sebuah rumah di sekitar kawasan Zagazig adalah tidak melebihi LE 600.

Liqa’ ini juga telah membincangkan Program Kerjasama Tahunan antara DPD Indonesia dan DPMZ Malaysia. Antaranya Majlis Musabaqah Al-Quran, Kejohanan Olahraga, Bazar Gabungan dan Program Ta’lim dari Doktor Kuliah untuk semua mahasiswa/wi.

Di akhir liqa’ ini, Ust Adi Sucipto selaku wakil dari DPD Indonesia mengharapkan agar ukhuwah fillah yang sekian lama erat antara dua negara jiran ini dapat dikekalkan dan sebarang bentuk anasir luar yang ingin memecah belahkan ahli ditolak sama sekali. Semoga kita sama-sama dapat meningkatkan ketaqwaan kepada ALLAH, dan selalu berdoa di samping imtihan yang menjelang ini agar kejayaan milik kita bersama-SUA DPMZ.

0 comments:

Sahabat