Tuesday, December 30, 2008

Kempen "Simpati Dan Sehati Terhadap Gaza"

Posted by UPP DPMZ On 5:58 AM No comments


Sumber dari MINIPALIVION PMRAM

2 Disember yang lalu, kempen bergelap selama 5 minit menerima respon yang positif daripada mahasiswa-mahasiswi Malaysia di Mesir, malah sebilangan mahasiswa-mahasiswi Palestin yang berada di Kaherah turut bergelap selama 5 minit. Tujuan dan cara kita berdemonstrasi begini adalah bagi menyatakan rasa simpati dan sehati terhadap Gaza berikutan Israel melanggar persepakatan gencatan senjata pada 04 November 2008. Perlanggaran Israel dengan menyerang beberapa di tempat di Gaza menyebabkan 6 penduduk Palestin terbunuh dan beberapa lagi cedera. Sebaik sahaja Israel melanggar persepakatan tersebut, HAMAS dan kesemua kumpulan pejuang Palestin memutuskan untuk tidak meneruskan 'gencatan senjata'. Bagi mereka, persepakatan ini sia-sia kerana Israel tidak memberi komitmen yang baik, malah Israel terang-terangan tidak mematuhi syarat-syarat 'gencatan senjata' yang telah disepakati pada 19 Jun 2008.

27 Disember 2008, Israel kembali mengganas dengan serangan udara yang menggemparkan beberapa tempat di Gaza. Serangan ini boleh disifatkan terlalu kejam, penuh dengan kezaliman malah bakal meledakkan api fitnah sesama umat Islam walaupun yang melakukannya adalah pihak yang tidak memahami erti aman dan tidak tahu bagaimana mematuhi janji.

Maka, kempen ini juga berterusan bersesuaian dengan realiti semasa setelah mendapat galakkan dari PMRAM. Kempen ini dijalankan 3 bentuk sekaligus, iaitu:

1) Digalakkan semua mahasiswa-mahasiswi mengikuti perkembangan yang berlaku di Gaza mulai hari ini(Ahad, 28/12/08) sehingga hari Sabtu akan datang 03/01/2009 melalui televisyen(berita), suratkhabar harian, web-web berita menerusi internet dan apa jua perantaraan yang boleh dicapai bagi mengikuti perkembangan ini dari semasa ke semasa. Sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari.

2) Digalakkan semua mahasiswa-mahasiswi mengadakan solat hajat serta qunut nazilah(sama ada secara berjemaah atau bersendirian) secara berterusan dari hari ke hari. Saranan ini bermula hari ini (Ahad, 28/12/08) sehingga akhir peperiksaan fasa pertama.

3) Bergelap selama 15 minit pada hari Sabtu akan datang, 03/01/2009(Sabtu malam Ahad) bermula jam 7.30 malam waktu Mesir.

Kelibat masyarakat Arab turun dijalanan bagi membantah keganasan Israel terhadap penduduk Palestin di Gaza mendapat dokongan yang amat meluas. Sebagaimana yang diketahui, kebanyakan masyarakat Arab di beberapa buah Negara Arab, termasuk juga Turki, dan Negara lain mengambil sikap yang serupa iaitu tunjuk perasaan dan demonstrasi. Tindakan mereka ini tidak lain adalah semata-mata bersimpati dengan Gaza, malah membuktikan jiwa dan hati mereka 'sentiasa hidup' malah memahami akan makna aman dan berusaha menangani tindakan yang tidak berperikemanusiaan. Tambahan pula kita dan mereka adalah bersaudara.

Kita juga mengadakan demonstrasi dan tunjuk perasaan dengan cara yang dinyatakan memandangkan keselamatan dan keamanan Mesir yang tidak mengizinkan berdemonstrasi di jalanan. Ayuh! kita lakukan bersama.

0 comments:

Sahabat