Wednesday, February 18, 2009

Kolokium Ilmuan Menjana Fikrah Mahasiswa/wi

Posted by UPP DPMZ On 11:34 AM No comments

Kolokium Ilmuan di Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig bermula mengorak langkah dengan pembukaannya pada hari Khamis ini (19hb Februari 2008) dengan tajuk “Permasalahan Ikhtilat Menurut Islam” dengan pembawakan berbentuk forum serta perbincangan. Kolokium Ilmuan adalah program wajib bagi semua pelajar tahun 1 dan bagi mereka yang baru sahaja tiba di bumi Mesir dan terbuka kepada semua mahasiwa/wi berada di bumi Zagazig. Program yang bermanhajkan tarbiyah ini wajib difahami dengan penghayatan yang cukup mendalam agar konsep kefahaman tidak tersasar dari laluan para ulama’. Selain itu, program ini bertujuan untuk menjana fikrah dan membina semangat daya juang sepertimana para ulama’ dahulu dalam menegakkan agama suci ini.

Kolokium Ilmuan pada kali ini pendekatannya agak lebih ringan dari sebelumnya serta penumpuannya lebih banyak kepada diskusi, talk show, forum, bengkel, ceramah, gerak kerja berkumpulan selain pengisian qiamulail bulanan. Semoga program Kolokium Ilmuan kali ini dapat mempertingkatkan thaqafah, tarbiyah, dan ukhwah dikalangan mahasiswa/wi agar generasi pelapis pada hari ini dapat mendepani cabaran suatu hari nanti.

Antara pengisian/manhaj Kolokium Ilmuan PMRAM :-

  • Konsep Syahadah & Tuntutannya
  • Amar Makruf Nahi Mungkar
  • Tarbiyah Ruhiyah Dalam Membentuk Generasi Berwawasan
  • Ikhtilat Menurut Islam
  • Jahiliyyah Kurun Ke-20
  • Diskusi Kitab Thaqafah Daieah (Dr Yusuf Qardhawi)
  • Diskusi Kitab Apa Ertinya Saya Menganut Islam (Fathi Yakan)
  • Nasionalisme
  • Kepentingan Melibatkan Diri Dengan Amal Jamaie & Amal Ijtimaie
  • Fenomena Ta’adud Jemaah

0 comments:

Sahabat