Pada 3, 4 dan 5hb Febuari, Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig dibawah Unit Sambutan & Rehlah telah menganjurkan rehlah tarbawi yang dinamakan “KEMBARA EPIK SINAI 2009”. Rehlah tarbawi ini telah disertai oleh 50 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa Al-Azhar & Perubatan samada baru atau lama. Program yang mempunyai hadaf dan matlamat tersendiri bergerak menjelajah bumi Tuhan. Selain menyemai ukhwah di kalangan mahasiswa Al-Azhar dan Perubatan, program ini juga bertujuan sebagai menyelongkar khazanah sejarah tamadun manusia.
Sepanjang rehlah tersebut, terlalu banyak manfaat dan peringatan yang boleh diambil sebagai pengajaran selain penerangan yang cukup menarik dari musyrif pengalaman iaitu oleh Ustaz Halil bin Yahya yang merupakan Penasihat 2 KPIPM. Penerangannya banyak dipetik dari kitab tafsir muktabar dapat menyuntik rasa insaf dan rasa keagungan kepada Pencipta alam.
Kerjasama yang padu dari Adhoc Pelaksana Kembara Epik Sinai 2009 melancarkan lagi perjalanan kembara yang diaturkan selain banyak pengisian menarik iaitu kuiz dan hadiah cenderhati. Antara tempat-tempat yang dilawati oleh peserta kali ini iaitu melalui laluan Terowong Ahmad Hamdy (Terusan Suez),kemudian Panaroma Barlif Noktah Hasinah (Bekas Kem Tentera Israel), Uyun Musa, Telaga Nabi Ayyub, Hamam Firaun, Wadi Arbain, Fox Camp, Jabal Musa, Perkampungan Nabi Ilyas, St Catherine, Patung Lembu Samiri, Makam Nabi Harun, Makam Nabi Salleh, Dahab, Nuwaiba’ (pelabuhan), Teluk Aqaba, Qal’ah Sallahuddin, Toba (sempadan Mesir-Israel), Banjaran T & Batu Bersurat Kerajaan Mamalik.
Kembara yang bermula pada 3hb Februari bertolak dari Dewan Dar As-Salam pada pukul 1 pagi berakhir pada 5hb Februari lebih kurang tepat jam pukul 11 malam. Meskipun penat namun kepuasan jelas tergambar di wajah peserta. Kemantapan ukhwah di dalam rehlah kali ini mesti diteruskan agar jalinan ukhwah dapat dihayati di segenap lapangan kehidupan.
DPMZ mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengarah Program iaitu Sdr Mohd Taufiq Sallehuddin serta seluruh Adhoc Pelaksana, dan juga peserta kerana berjaya menjadikan rehlah kali ini sebagai jambatan ukhwah di kalangan mahasiswa baru dan lama, perubatan mahupun azhariyun. Semoga ukhwah ini tersemat di dalam memori ingatan bersama.
0 comments:
Post a Comment