Thursday, February 19, 2009

Nisa’ Games Zagazig 2009 - Ukhwah Utuh Ikatan Teguh (UKHTI)

Posted by UPP DPMZ On 12:26 AM No comments

7 Febuari 2009, Zagazig As-Syarkia, satu program gemilang di bawah anjuran Organisasi Perubatan Zagazig (OPZ) dengan kerjasama Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan DPMZ telah dijalankan dengan jayanya. Program yang bertemakan Ukhwah Utuh Ikatan Teguh ( UKHTI) ini bermula pada pukul 7.30 pagi dengan pendaftaran Pihak Pengurusan Program (terdiri daripada pelajar-pelajar Perubatan tahun 3) dan para peserta (terdiri daripada pelajar-pelajar Perubatan tahun 1). Dewan Dar Salam menjadi markaz perkumpulan 87 ahli OPZ dan para tetamu yang datang dari Kaherah dan Mansurah. Unit ekonomi OPZ tidak ketinggalan turut membuka bazar kuih muih sebagai usaha menambah kewangan OPZ.

Bacaan doa oleh Dr. Nafsah bt Dulajis membuka tirai Majlis Penbukaan dan Perasmian yang berlangsung tepat pukul 8.45. Seterusnya, ucapan Pengarah Program, Dr. Azlizan bt Supian menyusuli taklimat disiplin. Nisa’ Games Zagazig 2009 telah dirasmikan oleh Timb. Ketua Organisasi Perubatan Zagazig, Dr. Norhana Bt Rahmat dan dimeriahkan lagi dengan nyanyian lagu tema “Akrab Persahabatan” oleh para peserta bersama-sama dengan pihak pengurusan program.

Roti lembut bersalut coklat susu bersama jem buah-buahan menjadi santapan istemewa sarapan pagi untuk semua yang menghadiri program ini. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan seperti We are the champion, Uno, Catur, Win, Lose or Draw, Kuiz Al-Quran, Regu, Sudoku, Nasyid on air dan kacang lupakan kulit. Para peserta beraksi hebat dan memberi komitmen yang baik dalam misi merebut gelaran juara untuk kumpulan masing-masing. Nisa’ Games Zagazig dihangatkan lagi dengan cabutan bertuah yang menawarkan hadiah-hadiah menarik impian semua hadirin.

Majlis penutupan program telah berlangsung pada pukul 2.35 petang dengan penyampaian hadiah kacang lupakan kulit dan pengumuman pemenang manakala hadiah bagi juara keseluruhan dan pemenang setiap aktiviti akan disampaikan semasa penutupan majlis Sukan Keluarga Zagazig SUKEZ 2009. Tayangan video dan makan tengahari menutup tirai program Nisa’ Games Zagazig 2009 pada pukul 3.15 petang.

0 comments:

Sahabat